Friday, September 25, 2009

kau sudah beli sebelum aku????

aku agak bengang sebenarnya...adakah gambar yang dikau post itu D90 yang telah kau beli????aku geram kerana aku tidak dapat membeli lagi bende alah itu...


huh!!!

*GERAM DAN JELES YANG MELAMPAU!!!

Thursday, September 24, 2009

biarkan panjang, potong pendek atau botak???




Aku masih keliru samada mahu potong pendek atau botak selepas raya ini. Tapi aku dah bosan dengan rambut panjang seperti yang lepas sehingga lepas hidung.

potong pendek pn baru beberapa kali aku buat.

Dan paling jarang aku buat ialah potong botak. Kejadian ini berlaku ketika daku berada di awal kemasukan di USM.

Sekadar Hiasan!!

Mana satu yang aku patut pilih dari 3 diatas ye???

*keliru sudah aku.

Wednesday, September 23, 2009

Entahlah!!!

Ini adalah luahan perasaan aku rasa, jika tidak berminat sila lah 'close tab' ya!!!

Aku baru sahaja balik dari kampung setelah letih beraya. Sungguh letih rasanya.

Aku bercadang ingin pergi beraya dirumah mebe2ku pada baki yang tinggal ni, tapi cam malas lak.

Apa pandangan anda???

Untuk pengetahuan kalian raya tahun ini adalah raya paling ekonomi bagiku. Kenapa pula kan ea??

Sebenarnya raya tahun ni aku paling malas nak membeli baju baru termasuklah baju melayu. Walaupun sudah dipelawa oleh ibuku untuk memilih baju dikedainya. Tapi aku malas kerana baju melayuku masih banyak yang masih elok ntuk dipakai.

Tapi aku agak gembira tahun ni. Kerana walau aku dah break, tapi raya kali ni aku paling banyak berhubung dengannya melalui sms. Thanks kerana sudi berkawan ya!!!

Tak lupa juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21 kepada FARAH HANA BT WAHID pada hari ini iaitu 23 SEPTEMBER 2009




*seorang yang buntu!!

Saturday, September 19, 2009

Jariku tersepit seketika!!!

Ini hari 2nd last aku bergonjengan bersama mereka diluar sebelum aku kembali ke kampung halamanku!!!

Pada hari itu aku bersama yang lain iaitu cik farah, jaa, kak odah, man, fatiyya, hani, mira, dalila dan siti telah ke restoran Pak Husin untuk menikmati hidangn berbuka puasa secara hidangan.

Keriangan kami bermula apabila jam 7 malam baru merancang dan mengumpul orang untuk kesana bersama 3 buah kenderaan.

Pada jam 8 malam baru kami bertolak untuk mengelakkan tidak mendapat tempat.

Farah bersama tomyam yang dihidangkan!!

Sampai disana kami menempah hidangan berharga rm 50 sebanyak 2 hidangan untuk 10 orang. Agak berbaloi harganya(kerana aku sungguh kenyang pada malam itu).

Kami pun menjamu selera dengan hidangan terhidang sehingga licin kesemuanya walaupun ada yang sudah kekenyangan.

sayur campur!!

Kak Odah bersama ikan masak 3 rasa(gembira sungguh beliau pada malam itu)

Tak sabar menunggu nasi ke???

Kerabu sotong yang agak memikat selera ku pada malam itu!!!

Selepas menjamu selera kami pun bereda menuju ke fun fair(betul ke aku eja ni?)

Disana, Pada mulanya kami bermain 'bumper car'. Seronok main tapi 2 bende aku xpuas ati ketika bermian. 1st aku xpuas ati sebab terlalu ramai orang bermain di tempat yang terlalu sempit. Ke-2 aku xpuas ati sebab terlalu sekejap untuk bermain. Aku rasa tak berbaloi aku bayar mahal2. Lebih baik aku pi genting.

Lepas tu aku pun bermain discovery untuk kali ke-2 setelah kali pertama di sunway lagoon dulu.

Itupun aku naik atas ajakan penghuni kereta swift(mira,hani,dalila,siti).

Aku berasa pening seketika selepas itu. Selepas pulang aku pun terus tido sampai sahur kerana masih tak hilang pening.

Owh tidak lupa nak cerita. sebelum pulang jariku telah tersepit di kereta jaa setelah dikatup oleh kak Odah. Sungguh sakit ketika itu(rasa macam jariku terputus). Sampai sekarang aku masih terasa sakit jika aku menyentuhnya. Dan paling aku lucu kak Odah telah lupa akan keadaan itu sehari selapas itu seperti tiada apa yang berlaku. KU agak geli hati kerana begitu cepat beliau melupakannya.

*kesimpulannya, jangan letakkan jari anda ketika pintu hendak dikatup...
*Selamat Hari Raya maaf Zahir Batin Kepada Semua Umat Islam

Friday, September 18, 2009

Sang Kura-kura

Pada hari selasa lepas, aku bersama cik farah dan cik fatiya membuang masa di tasik biawak(gelaran oleh pelajar2 usm kerana terlalu banyak biawak). Tapi aku bukan kesana untuk melihat biawak, tidak sama sekali. Aku kesana untuk memberi makan kepada kura-kura dan ikan yang kelaparan disana.




sebelah kanan kelihatan kepala tuntung yang ingin memunculkan diri tetapi malu agaknya..


Memang seronok bersukaria disana kerana aku rasa sungguh tenang dengan kesernokan memberi ikan makan disitu.


kelihatan kura-kura itu sedang menikmati roti yang dibeli di tesco!!



Kura-kura diatas aku rasa kurang upaya dengan bentuk badannya. Kelihatan sedikit kedalam cengkerangnya walaupun aku rasa kura2 tersebut tidak rasa terseksa begitu. Kesian sungguh kura2 tersebut

Tuesday, September 15, 2009

WIFI USM!!!!!

Semalam bersamaan 14/09/2009 @ 24 ramadhan pihak PPKT(singakatan pusat ........... komputer dan teknologi kowt,aku lupa la!!!) ada membuat sedikit perbincangan dengan student mengenai masalah yang dihadapi student tentang WIFI USM.


Adakah penggunaan WIFI di sini sudah terlalu baik???Adakah mereka menganggap bahawa tuntutan pelajar tantang msalah WIFI adalah remeh???Adakah mereka memang sedang berusaha untuk membuat yang terbaik untuk pelajar USM???Adakah Masalah WIFI di USM yang agak teruk ini tidak akan pulih sampai bila-bila atau ianya hanya sementara???Adakah Universiti Apex ini sudah mempunyai perkhidmatan WIFI yang terbaik di malaysia???

Sama-sama kita renungkan masalah tersebut dan adakah mereka ada penyelesaian yang paling berkesan untuk masalah tersebut???

Semalam mereka ada berjanji bahawa perkhidmatan WIFI USM akan dinaik taraf kepada yang lebih baik mulai selepas raya. Adakah betul janji-janji mereka atau ianya hanya satu permainan kata-kata seperti lazimnya kata-kata ahli politik???

Setahu aku la kan, mereka telah berjanji sejak aku mula masuk USM lagi dengan kata-kata manis bahawa WIFI sedang dinaiktaraf dan berharap supaya pelajar bersabar untuk menunggu. Tapi sekarang ni pun aku nak graduate dah. tapi ianya masih ditakuk lama bahkan ianya makin teruk aku rasa. Kalu dulu aku boleh online pada waktu pagi,petang dan malam. Tapi sekarang aku hanya boleh online pada pegi dan lewat tengah malam sahaja. betulkah ianya dipanggil naik taraf???

Gambar hiasan!!



Hampir setiap keluaran naskhah berita kampus ada menyebut tentang masalah ini di ruangan pendapat dan masalah. Adakah mereka tidak membaca???sedangkan ianya dijual secara meluas oleh pelajar sendiri disetiap pelusuk kawasan USM. Adakah pihak perwakilan pelajar tidak pernah menyuarakan masalah pelajar yang paling banyak ini kepada pihak ppkt???Atau mpp hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh mereka???

Semoga apa yang mereka janjikan kepada pelajar dapat ditunaikan pada masa yang mereka sendiri tetapkan. Semoga janji-janji tersebut bukan sekadar janji kosong seperti janji kepada budak-budak seperti berikut. "adik, kalau adik puasa penuh, nanti abah belikan gula-gula ya!!". Kata-kata hanya untuk menraik minat budak kecik.

*renung-renungkanlah dan beri jawapan yang benas!!

Sunday, September 13, 2009

Hilang rindu pada teman lama!!!

Ini adalah entri untuk meraikan pertemuan kembali rakanku yang pulang bercuti di malaysia setelah belajar di UK(ingat ye!!UK bukan ulu kelang tapi United Kingdom).

Dia belajar kat sheffield university kalo tak silap aku la!!

Nama dia pakdin la kitorang panggil. Nama gelaran yang pendek je!!


Ni gambar kat tanjung bugah, kitorang berbuka di tepi pantai.


Inilah lauk yang kami tapau dari nasi kandar line clear!!



kami menghabiskan masa hujung minggu bersama pakdin sebaik mungkin seperti kami melakukannya pada waktu kami baru sahaja masuk ke USM pada masa lalu.

Tapi ditakdirkan kami berpisah kerana pak din mendapat tawaran yang lebih menarik di over sea hasil berkat doa felo tekun En. Zul(Nak tau kisah ke?nanti2 lah aku cerita balik!!!).

Gambar pakdin bersama latar belakang awan yang agak cantik!!



Inilah gambar bangunan berbentuk sebatang batu(bak kata molok setelah aku kata ia seperti sekeping papan)!!!tapi cantik pada waktu magrib!!!



Pemandangan air laut pada waktu sebelum berbuka!!

Berbuka bersama orang besar(memang besar kot raja perlis!!)




Majlis berbuka bersama pemilik bersama tanah melayu!!!

Masa ni bertarikh 09.09.09 sebenanye. Tapi kemalasan nak menaip entri menyebabkan aku baru je upload bnde ni..

makanan yang terhidang pada hari tersebut!!(seronok sebab makan free)


hari tu aku bersiap awal. Keran aku mengetahui bahawasanya akan terlalu ramai orang yang datang. Al-maklum lah yang datang bukan calang-calang orang.

Yang datang adalah:
  1. Tuan yang terutama negeri pulau pinang: Tun Abbas
  2. Sultan kedah: sultan abdul hamid
  3. raja perlis: tuanku syed sirajuddin



angle lain nak amik gambar lauk yang aku makan!!


Aku ngan eddy yang xsabo menunggu waktu, dibelakang kelihatan orang ramai beratur untuk mengambil nasi



membe2 lain yang hadir sama

Memang meriah majlis hari tu. Aku pun kekenyangan makan masakan yang ala kadar tapi sedap.

Terima kasih semua yang menjayakan majlis tersebut.

Wednesday, September 9, 2009

090909!!!

Kisah 090909 amat biasa kita dengar dengan tarikh yang cantik. Tapi aku ingin mengucapkan happy birthday kepada rakanku Faridah bt Othman(Umi) yang menyambut hari lahirnya yang ke 21 pada hari ini. Selamat hari lahir ya kawan. Moga kau lebih matang dari semalam dan lebih tegar membuat keputusan dengan pemikiran dewasa kamu.


Aku ada cerita. Begini ceritanya. Tahun lepas aku mendapat mesej dari kawanku. Ayat dia laebih kurang begini lah "tahun ini mempunyai tarikh yang istemewa yaitu 080808" dia pun menceritakan keindahan tarikh tersebut yang tiada pada tahun-tahun lain. Lebih kurang begitu lah katanya, aku pun dah lupa tapi setelah disedarkan oleh kawanku, baru aku kembali kealam nyata. Kenapa aku mesti percaya tahun tersebut saja yang mempunyai tarikh yang cantik??? Sedangkan setiap tahun ada tarik cantik tersebut seperti tahun ni.

Kesimpulannya, setiap tahun mempunyai tarikh yang cantik tersendiri. Ianya akan lebih bermakna jika kita lebih bersyukur pada Yang Mencipta.

*Kamal, moga kamu lebih menjaga umi dengan lebih baik. selamat ulang tahun kelahiran ya umi!!!

Tuesday, September 8, 2009

Kenapa Tiada Lagi Zakat???






Alhamdulillah. Berasa insaf. Tingkatkanlah kesyukuran kita kepada Allah swt.

Kita doakan waris dan penjaga mereka diberikan ketabahan. Dalam kesusahan menjaga dan mengurus mereka yang kurang berupaya ini. Ingatlah sebenarnya mereka adalah ahli syurga kerana bersihnya mereka dari segala dosa. Semoga mereka akan memberi bantuan di akhirat nanti kepada orang yang telah membantu mereka di dunia ini.. Pasti bagi penjaga mereka yang tabah dan redho dengan Tuhan ini akan dijamin dengan kesenangan di akhirat Nanti.


Adik ini berusia 18 tahun. Lelaki. Kelihatan tubuhnya tidak berisi. Ayah sudah tiada. Mak bekerja membawa lori sayur (kalau tidak silap dengar). Di jaga oleh neneknya.

Bayangkan nenek yang usianya sudah lanjut, sepatutnya hanya perlu memikirkan dan menguruskan diri sendiri sahaja tetapi terpaksa menanggung sendiri cucunya ini. Terpaksa menyalin lampin si adik ini. Bayangkan, beliau akan mengusung adik ini ke bilik mandi! Si tua terpaksa menarik tikar yang melapik adik tersebut kerana kekurangan kudratnya yang sudah tidak seberapa.

Malangnya, kita mendapat berita dari nenek ini, bantuan zakatnya dihentikan. Alasan tidak tahu. Bantuan kebajikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk adik yang bergelar OKU seperti ini juga tidak diberikan.


Tabah dan Redho sungguh nenek ini. cuma sesekali, terlihat kelopak matanya yang tua itu berkandung air jernih, tetapi cepat ditahannya dari menitis. Bayangkan 18 tahun si nenek tua ini tabah mengasuh dan menguruskan adik tersebut.


*Harap agar penderitaan mereka dapat diringankan.

Terasa Laen Macam Lak!!

Pagi ni kelas daku jam 9.00 pagi. Aku tidak terus tido selepas subuh tadi.

Kenapa ya!!!(mmg la, kalo tak, aku tak p kelas la)

Aku pun belek2 laman So-sial yang aku ada(apa lagi facebook la!!).

Tetibe aku rase laen macam. Apa yang aku rase pun aku tak tau la. Tapi aku terasa teringat pada sesorang.

Siapa la gerangan orang yang aku ingat tu dan kenapa ya aku teringat pada dia?????

Aku pun belek la page dier kat facebook. Ntah kenapa aku teringat sangat kat dia.

Ya ALLAH, tolong lah berikan kekuatan pada hamba-MU ini.

Aku harap aku kuat walau masih teringat pada dia. Dah lam dia tak online. Sibuk barangkali.

Silent is Better and Enough!!!

Kadang kala berada di atas amat seronok sekali. Sehinggakan manusia cepat lupa degan apa yang mereka ada.


Tetapi kadang kala berada dibawah lebih baik daripada berada diatas. Seskurang-kurangnya daku tidak akan berasa bersalah.

Hendakkan yang ini, seperti daku mahu terjun ke kawanan buaya. tetapi ingin jika aku ingin yang itu, seperti aku mahu disodok-sodok dengan pisau. Sungguh keliru hidup ini.

Tetapi inilah lumrah kehidupan yang terpaksa aku tempuhi atau lebih jelas ujian dari yang Maha Esa (konon macam ustaz la plak).

Dengan itu aku mengambil keputusan untuk lebih mendiamkan diri pada yang tidak perlu. Adakah itu adil pada semua orang termasuk diriku yang amat kerdil ini???


*Dengan itu banyakkan la amalan pada Yang Maha Esa.

Sunday, September 6, 2009

Sesi Membuang Masa!!


Jam 5.00am: Cadangan membuang masa dari 4 org yang telah bosan di bilik.

Jam 7.00am: Sesi tido sebelum penat berjalan.

Gambar bulan yang diambil semasa sesi perbincangan di waktu sahur(sumber: hp nokia 6500 slide)



Jam 2.00pm: Kami berempat bertolak ke Queensbay Mall untuk membuang masa.

Jam 5.00pm: Sedang bermain game arcade untuk membuang masa setelah penat ronda didalam jj.


Gelang yang dibeli oleh kami berempat!!!


Jam 6.00pm: Solat asar di surau(Ingat tau, lalai macamana pun, solat kene jaga)

Jam 7.00 pm: Membeli air di jusco untuk berbuka.

Jam 7.30pm: Solat magrib dan makan kurma yang diberi oleh pak Arab.



Pemandangan lantai didalam JJ

Cantik baju ni, tapi ada orang kata ianya seperti baju refree bola plak!!

streamer di QB yang dah bape bulan masih tergantung disitu aku rasa!!


Cermin Hadapan Al-Ikhsan



dah takda kerja nak ambil gambar orang plak!!

Bergaya seperti model dan mahu membelinya!!

Jam 8.30pm: Berbuka di KFC(tiada pilihan lain)

Jam 9.45pm: menonton wayang cerita UP setelah persetujuan bersama.

Jam 12.00am: kembali semula ke hostel al!!!nak duk bape lame lagi.

Jam5.00am: kembali bangun sahur!!!


Agak penat la berjalan 1 hari suntuk.......



Thursday, September 3, 2009

Misi Mencari Idea Baru Final Year Project!!


Inilah pen. pegawai sains baru setelah dipecat dari FYP yang lama, hahaha!!!
inilah alat yang kami sepatutnya guna sebelum membuat eksperimen laser, tetapi terpaksa dilupakan!!!


Ini adalah misi untuk aku mencari tajuk projek tahun akhir aku yang baru setelah ada masalah!!!

Gambar pertama diatas adalah model utamaku iaitu akmal!!!
cerita nya begini...
Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi
kami pun pergi ke makmal untuk berjumpa dengan Prof Madya Dr Mohamad Suhaimi Jaafar selaku our supervisor.
setelah berjumpa kami diberitahu yang projek kami iaitu CO2 laser terpaksa dibatalkan oleh sebab pelajar PhD yang telah membawa lari alat kami ke klinik mana ntah(dengan muka bengang!!!)
Inilah bio-aura(kononnya,hahaha!!!nano particle xpernah siap kaji lagi, bio-aura penipu)


inilah juga penapis yang sama digunakan dalam bio-aura


Aku pun berfikir dengan pelbagai bahan yang ada di dalam makmal tersebut untuk berfikir apa yang aku boleh buat dalam FYP aku(tensennya!!!).

mungkin alat bio-aura diatas dapat dibuat ???

Mungkin juga alat dibawah ini???

Aku pun xtw apa nama alat ni, tapi apa yang aku pernah diberitahu, alat ni adalah alat untuk membuat 'film batch' yang kesan radiasi tu...setakat itu sahaja pengetahuan aku tentang alat itu ya kawan2
alat dipromosikan oleh tangan modelku!!

tangan bergerak dalam vacum!!


Penat berfikir, kami bermain sebentar dengan alat ini untuk menunjukkan ketidakmatangan
kami apabila sedang tensen.



Jam menunjukkan hampir pukul 2.00ptg, kami pun kembali

Inilah gaya2 yang terpamer untuk memerah otak mencari tajuk baru FYP kami.





Dalam sibuk berfikir, sempat lagi modelku tersenyum dihadapan kamera ya!!!

Dan akhirnya kami pun pulang dan kembali lagi pada keesokan harinya untuk mengetahui samada tajuk kami diterima atau tidak.


apa tajuk kami ya???
tunggu sebentar.

















Inilah Tajuk Final Year project kami yang baru!!!


Assassment of Radon-222(Ra-222) emmanation from selected soil sample.

this is te equipment for my experiment(profesional Radon monitor)

dan gambar tangan vacuum tadi adalah perspex yang kami akan gunakan hasil kerjasama dengan pak Arab PhD yang baik hati meminjamkan alat beliau

Thanks Ahmad!!!

KD Tunku Abdul Rahman Lagi!!!

video

Akhirnya MAlaysia maju setapak lagi. Semoga dengan teknologi yang sedia ada, negara ini akan terus mempertingkatkan kualiti keselamatan sedia ada.



*sumber daripada berita harian online

KD Tunku Abdul Rahman


Gambar-gambar Kd Tunku Abdul Rahman yang akan tiba di Malaysia hari ini dari Perancis tempat ia dibina.




KUALA LUMPUR: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman dijadualkan tiba dari Coachin, India di Pulau Indah, Pelabuhan Klang kira-kira jam 8 pagi esok.

Ketibaan kapal selam jenis Scorpene yang dibina menggunakan teknologi Perancis dan Sepanyol itu akan disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharuddin Idris Shah.

Ia akan turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Aziz Jaafar.

Majlis pentauliahan kapal selam itu berlangsung pada 24 Januari lalu di Pangkalan Tentera Laut Perancis di Toulon dan dinamakan sempena Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Pembinaan KD Tunku Abdul Rahman dilancarkan di Cherbourg, Perancis pada Oktober 2007 melalui pelbagai siri ujian, termasuk kemampuannya melaksanakan pelbagai misi sukar seperti serangan atau pengumpulan maklumat sebelum ditauliahkan.

Dilengkapi pelbagai teknologi persenjataan dan komunikasi terkini, KD Tunku Abdul Rahman bakal ditempatkan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu yang dibangunkan sejak Februari 2007 membabitkan kos RM420 juta.

Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak, sempena nama Perdana Menteri kedua dijadualkan tiba Oktober ini dan akan ditempatkan di pangkalan sama.

Malaysia adalah negara ketiga di Asia Tenggara memiliki kapal selam selepas Indonesia dan Singapura, sekali gus menjadikan TLDM antara ketumbukan tentera laut disegani di rantau ini.


*sumber dari berita harian online


Blog Widget by LinkWithin