Sunday, September 13, 2009

Hilang rindu pada teman lama!!!

Ini adalah entri untuk meraikan pertemuan kembali rakanku yang pulang bercuti di malaysia setelah belajar di UK(ingat ye!!UK bukan ulu kelang tapi United Kingdom).

Dia belajar kat sheffield university kalo tak silap aku la!!

Nama dia pakdin la kitorang panggil. Nama gelaran yang pendek je!!


Ni gambar kat tanjung bugah, kitorang berbuka di tepi pantai.


Inilah lauk yang kami tapau dari nasi kandar line clear!!



kami menghabiskan masa hujung minggu bersama pakdin sebaik mungkin seperti kami melakukannya pada waktu kami baru sahaja masuk ke USM pada masa lalu.

Tapi ditakdirkan kami berpisah kerana pak din mendapat tawaran yang lebih menarik di over sea hasil berkat doa felo tekun En. Zul(Nak tau kisah ke?nanti2 lah aku cerita balik!!!).

Gambar pakdin bersama latar belakang awan yang agak cantik!!



Inilah gambar bangunan berbentuk sebatang batu(bak kata molok setelah aku kata ia seperti sekeping papan)!!!tapi cantik pada waktu magrib!!!



Pemandangan air laut pada waktu sebelum berbuka!!

Berbuka bersama orang besar(memang besar kot raja perlis!!)




Majlis berbuka bersama pemilik bersama tanah melayu!!!

Masa ni bertarikh 09.09.09 sebenanye. Tapi kemalasan nak menaip entri menyebabkan aku baru je upload bnde ni..

makanan yang terhidang pada hari tersebut!!(seronok sebab makan free)


hari tu aku bersiap awal. Keran aku mengetahui bahawasanya akan terlalu ramai orang yang datang. Al-maklum lah yang datang bukan calang-calang orang.

Yang datang adalah:
  1. Tuan yang terutama negeri pulau pinang: Tun Abbas
  2. Sultan kedah: sultan abdul hamid
  3. raja perlis: tuanku syed sirajuddin



angle lain nak amik gambar lauk yang aku makan!!


Aku ngan eddy yang xsabo menunggu waktu, dibelakang kelihatan orang ramai beratur untuk mengambil nasi



membe2 lain yang hadir sama

Memang meriah majlis hari tu. Aku pun kekenyangan makan masakan yang ala kadar tapi sedap.

Terima kasih semua yang menjayakan majlis tersebut.

Blog Widget by LinkWithin