Monday, October 5, 2009

bengkoknya wanita!!!

aku malas nak buat entri panjang2...so korang klik la kat sini ya!!!

Saturday, October 3, 2009

Rukun Istiqmah!!!


Duit kertas rm10 contoh


Duit kertas rm50 baru contoh


Pagi ni sekali lagi aku bangun awal..aku pun tak tahu kenapa, tapi inilah yang aku alami sejak kebelakangan ini setelah abes puasa.

Hari tu aku masa makan malam@berbuka bagiku, aku ader membincangkan tentang corak2 dalam duit kertas malaysia.

setelah berbincang beberapa ketika tiba- muncul pertanyaan dari salah sorang. "Sapa gerangan orang yang kat dalam duit itu???"(lebih kurang camtu lah bunyinya).

Selepas tu kami pun bincang lah. Ada yang mengatakan itu gambar pm pertama tunku abdul rahman. Ada yang kata itu gambar rekaan menggambarkan itu agong kita. ada plak yang kata itu gambar agung pertama kita.

Setelah berdebat bodoh tentang bende ini, kami pun setuju ianya adalah gambar agong pertama Malaysia iaitu Tuanku Abdul Rahman(Jangan keliru ya!!!ia sama nama dengan perdana menteri pertama kita).

Dan setelah berjumpa dengan encik google, kami pun bertemu dengan jawapan yang tepat iaitu:-

Aku rasa ramai yang belum tahu atau tidak penah ambil tahu pun gambar siapakah yang menghiasi setiap wang kertas Malaysia yang kita gunakan dari dahulu sampailah sekarang... Betul ataupun tidak inilah jawapannya , gambar/potret Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) yang menghiasi setiap wang kertas malaysia tidak kiralah RM1, RM2, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100, RM500 atau RM1000. Baginda adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin (Raja Permaisuri Agong).
*sumber dari:http://my-koleksi.blogspot.com


Potret sebenar Agong pertama.

Tetapi sebenarnya bukan ini yang aku ingin cerita sebenarnya. Tadi semasa aku bersolat jumaat, aku ada terambil satu artikel muhasabah diri. Aku pun terbaca lah tentang istiqamah. Baru ku tahu rupa-rupanya istiqamah pun ada rukun. Terasa jahil sungguh hidupku ini.

Dari yang aku baca inilah dia rukun istiqamah:-

1. Jangan melampau dalam beragama.
dalam erti ayat ini dia menerangkan bahawa kita janganlah melakukan sesuatu melebihi apa yang disuruh oleh Allah. Contoh paling ketara ialah melambatkan berbuka dan mempercepatkan sahur. Tentu semua orang faham apa maksud dia kan? diterangkan kat sini Allah suruh kita berpuasa dari terbit fajar sampai terbenam matahari sahaja bukan sepanjang hari dan menunjukkan kita ni masih berupaya walau telah berpuasa selama sehari. Kecuali dalam kes kecemasan.


2. Jangan cenderung kepada golongan yang zalim.
Cenderung boleh dibahagi kepada dua iaitu cenderung prinsip dan emosi dan juga cenderung pada kebergantungan. Cenderung yang pertama boleh menghapuskan istiqamah dan konsistensi manakala cenderung kedua bergantung kepada individu dan orang zalim berkenaan.

3. Dirikan solat.
Istiqamah itu bersandar pada solat. Solat mendekatkan diri pada Allah. Kita mestilah mendirikan solat untuk istiqamah mendekatkan diri pada Allah.

4. Bersabarlah.
Kata-kata Muhammad bin Shalih Al-Munajjid ialah "kesabaran adalah bertahan dalam mengerjakan perintah Allah dan menahan diri dari melakukan larangan-Nya.

Inilah 4 rukun istiqamah yang perlu kita patuhi untuk terus beristiqamah dalam mendekatkan diri pada Allah.

*semoga kita terus beristiqamah dalam mengerjakan amal soleh.
**sumber: saifulislam.com dan tinta raudhah USM.

Thursday, October 1, 2009

Bulan Baru Dengan Keresahan!!

Aku keliru
menjadi buntu
arah yang ingin ku tuju

Rasa resah ku
kian celaru
dengan ilham ku tempuh

Aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua

OO.. OH OO..OH

Inikah revolusi
atau hanya ilusi
bagaikan mimipi jadi realiti

Rasional diriku
rasional dirimu
penentu masa
masa depan ku

Adakah masa
menjadi punca
diriku dalam dilema

Benarkah anjakkan paradigma
susuli ku terima

Aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua
*sumber-revolusi:bunkface


Hari ini telah masuk bulan baru iaitu bulan OKTOBER. Maknanya semakin hari semakin singkat masa yang akan dilalui. Apa sebenarnya yang sedang aku fikirkan ni??

Aku masih keliru untuk mentafsirkan diriku yang sebenarnya. Sebenarnya, sejak kebelakangn ini aku asyik sentiasa memikirkan tentang kematian dan kehidupan selepas ini. Malam tadi aku tido agak awal, tapi pukul 3 tadi aku dah bangun sampai sekarang aku masih tidak boleh melelapkan mata lagi walaupun aku cuba sedaya upaya.

Aku harap aku dapat mencari ketenangan diri secepat yang mungkin. Ya, aku tau aku dapat mencari ketenangan dengan mendekatkan diri dengan Yang Mencipta.

Sekarang jam 5.33pg hujan turun dengan lebatnya di penang mengiringi entri ini.

Sebenarnya ingat mati tak salah, tapi aku masih takut sebab amalanku yang belum cukup tambahan lagi dosaku yang bertambah2 ini membuat aku rasa resah gelisah.

Kepada ibu, ayah along, adik dan semua yang mengenali diriku ini di SK Kg Medan, SMKA Maahad Hamidiah, Matrikulasi Kolej Mara Kulim dan juga USM dan semua yang mengenali secara tidak sengaja atau secara sengaja, aku mahu meminta beribu ampun maaf kepada kalian jika selama ini aku telah melukakan hati kalian. Tanpa kalian, hidupku tidak akan bermakna.

*Mungkin ini takdir hidupku

Friday, September 25, 2009

kau sudah beli sebelum aku????

aku agak bengang sebenarnya...adakah gambar yang dikau post itu D90 yang telah kau beli????aku geram kerana aku tidak dapat membeli lagi bende alah itu...


huh!!!

*GERAM DAN JELES YANG MELAMPAU!!!

Thursday, September 24, 2009

biarkan panjang, potong pendek atau botak???




Aku masih keliru samada mahu potong pendek atau botak selepas raya ini. Tapi aku dah bosan dengan rambut panjang seperti yang lepas sehingga lepas hidung.

potong pendek pn baru beberapa kali aku buat.

Dan paling jarang aku buat ialah potong botak. Kejadian ini berlaku ketika daku berada di awal kemasukan di USM.

Sekadar Hiasan!!

Mana satu yang aku patut pilih dari 3 diatas ye???

*keliru sudah aku.

Wednesday, September 23, 2009

Entahlah!!!

Ini adalah luahan perasaan aku rasa, jika tidak berminat sila lah 'close tab' ya!!!

Aku baru sahaja balik dari kampung setelah letih beraya. Sungguh letih rasanya.

Aku bercadang ingin pergi beraya dirumah mebe2ku pada baki yang tinggal ni, tapi cam malas lak.

Apa pandangan anda???

Untuk pengetahuan kalian raya tahun ini adalah raya paling ekonomi bagiku. Kenapa pula kan ea??

Sebenarnya raya tahun ni aku paling malas nak membeli baju baru termasuklah baju melayu. Walaupun sudah dipelawa oleh ibuku untuk memilih baju dikedainya. Tapi aku malas kerana baju melayuku masih banyak yang masih elok ntuk dipakai.

Tapi aku agak gembira tahun ni. Kerana walau aku dah break, tapi raya kali ni aku paling banyak berhubung dengannya melalui sms. Thanks kerana sudi berkawan ya!!!

Tak lupa juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21 kepada FARAH HANA BT WAHID pada hari ini iaitu 23 SEPTEMBER 2009




*seorang yang buntu!!

Saturday, September 19, 2009

Jariku tersepit seketika!!!

Ini hari 2nd last aku bergonjengan bersama mereka diluar sebelum aku kembali ke kampung halamanku!!!

Pada hari itu aku bersama yang lain iaitu cik farah, jaa, kak odah, man, fatiyya, hani, mira, dalila dan siti telah ke restoran Pak Husin untuk menikmati hidangn berbuka puasa secara hidangan.

Keriangan kami bermula apabila jam 7 malam baru merancang dan mengumpul orang untuk kesana bersama 3 buah kenderaan.

Pada jam 8 malam baru kami bertolak untuk mengelakkan tidak mendapat tempat.

Farah bersama tomyam yang dihidangkan!!

Sampai disana kami menempah hidangan berharga rm 50 sebanyak 2 hidangan untuk 10 orang. Agak berbaloi harganya(kerana aku sungguh kenyang pada malam itu).

Kami pun menjamu selera dengan hidangan terhidang sehingga licin kesemuanya walaupun ada yang sudah kekenyangan.

sayur campur!!

Kak Odah bersama ikan masak 3 rasa(gembira sungguh beliau pada malam itu)

Tak sabar menunggu nasi ke???

Kerabu sotong yang agak memikat selera ku pada malam itu!!!

Selepas menjamu selera kami pun bereda menuju ke fun fair(betul ke aku eja ni?)

Disana, Pada mulanya kami bermain 'bumper car'. Seronok main tapi 2 bende aku xpuas ati ketika bermian. 1st aku xpuas ati sebab terlalu ramai orang bermain di tempat yang terlalu sempit. Ke-2 aku xpuas ati sebab terlalu sekejap untuk bermain. Aku rasa tak berbaloi aku bayar mahal2. Lebih baik aku pi genting.

Lepas tu aku pun bermain discovery untuk kali ke-2 setelah kali pertama di sunway lagoon dulu.

Itupun aku naik atas ajakan penghuni kereta swift(mira,hani,dalila,siti).

Aku berasa pening seketika selepas itu. Selepas pulang aku pun terus tido sampai sahur kerana masih tak hilang pening.

Owh tidak lupa nak cerita. sebelum pulang jariku telah tersepit di kereta jaa setelah dikatup oleh kak Odah. Sungguh sakit ketika itu(rasa macam jariku terputus). Sampai sekarang aku masih terasa sakit jika aku menyentuhnya. Dan paling aku lucu kak Odah telah lupa akan keadaan itu sehari selapas itu seperti tiada apa yang berlaku. KU agak geli hati kerana begitu cepat beliau melupakannya.

*kesimpulannya, jangan letakkan jari anda ketika pintu hendak dikatup...
*Selamat Hari Raya maaf Zahir Batin Kepada Semua Umat Islam

Blog Widget by LinkWithin