Hari ni cam hari aku habis sangat cepat sekali. aku pun tak tau kenapa leh begitu sekali(sekali je xder banyak kali). Semalam aku tido agak lewat, sebab nak buat esemen la pe lagi. Pelajar, pe lagi kalo xbuat keje last minit. Ni la aku kan~~~
Pagi tadi pun tido la balik sampai kul 9 lebih kot(tak pasti lak). Tu pun sebab aku ada kelas kul 10. Bersiap punya la bersiap, aku pun terus je ke pusat pengajianku la pe lagi. Sampai je rupe2 nya aku datang agak awal. Kenapa ntah aku tetibe semangat nak datang ke kelas yang selalunya dibatalkan hari ni(sebab ada 1 kelas je la.). Fuh penat gak bawak moto laju2 tadi. Aku pun terus je masuk kekelas.
Sampai je kat kerusi, baru la sedar. Rupenya aku sorang je la laki2 kat kelas 2. Mane semua budak laki kelas aku ni?(cam la ramai sangat,6 org je pun). Ah payah ni, mati kutu la aku kat kelas ni. Lecturer pun masuk, aku pun buat bodo je la kat kelas 2. Tak lama pastu, datang la sorg kawan aku ni. Lega gak la, ader la membe nak cakap kalo xpaham. Duduk je, dier tanye lak pasal tuto aku, dier tak siap lagi la plak. Bagi la pinjam.Duk sorang la aku nampaknya(membe duk khusyuk layan tuto tak siap la pe lagi).
Dengar punye dengar datang la sorang lagi(lambat pulak dorg ni dtg kelas). Aku pun ok la ader gak membe. Sampai 10.30 aku ingat dah takde orang nak datang, tapi tetibe datang lagi sorang. Uish, dahsyat ni, takpe la datang gak la dari tak datang langsung kan. Baru ku ingat, arini kelas 1 je, so mesti la dorang datang gak sebab malas nak datang lagi nak hantar tuto la pe lagi. Abes je kelas dengan garangnye lecturer aku mintak tuto tersebut(padahal nampak je garang, baik je dier).
Lepas anta kami pun terus la kuar kelas menuju ke bilik Mr. Wong teman membe aku. Nak interview keje la katakan. Tungu punya tunggu, lepas abes jam pun dah kul 12 kalo tak silap aku. Kami pun terus menuju cafe nak makan.
Lepas makan aku pun balik la. Sampai bilik je kul 1 lebih kurang. Mata aku pun dah macam kene letak batu bangunan bape ketul ntah. Berat sangat rasanya. Aku pun lelap la sat nak layankan mate 2. Layan punye layan aku sedar dekat kul 4 rupenye. Lamenya aku tido, xsolat lagi ni. Kelam kabut aku p solat. Mentang2 la dah xder kelas. Abes solat aku pun layan tenet sat, pe ader kat tenet ni. Ish,xabes2 ngan tenet je. Bosan la.
*berasmbung ke episod akan datang, malas la nak tulis panjang2.
Thursday, March 11, 2010
Pengalaman 10/3/2010 part 1.
Perek@ cerit@ Unknown at 4:08 AM 0 TuSuKan
Labels: hilang bosan
Tuesday, March 2, 2010
Selamat Datang Ke Alam Dunia Belog~~~
Wah2, sudah berrtambah ramai pembelog-pembelog harini. Aku agak bangga kerana rakan-rakanu sudah ramai menjejaki ke alam dunia belog. Hari ni aku jumpa lagi sorang pembelog baru dari kalangan rakanku juga. Aku agak terkejut kerana beliau juga mahu berbelog sekarang. Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau dan semoga beliau sentiasa meneruskan aktiviti berbelog. Beliau adalah zulhelmi ramli, rakan satu kos aku di USM.
Perek@ cerit@ Unknown at 6:23 PM 9 TuSuKan
Labels: penemuan baru
Sunday, February 28, 2010
Hidung berdarah~~
Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus
HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah.
Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik.
Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain.
Pakar Runding dan Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan Berdengkur, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suan-Kuo, berkata umumnya, hidung berdarah boleh terjadi secara spontan apabila membran di dalam hidung kering dan terkoyak. Ia biasanya terjadi dalam cuaca kering atau ketika musim sejuk.
“Bagaimanapun, ada juga pendarahan yang disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin atau ubat anti radang. Dalam keadaan begini trauma kecil pun boleh menyebabkan hidung berdarah,” katanya.
Jelas Dr Raymond, ada kala hidung berdarah disebabkan jangkitan, alahan atau masalah sinus, tekanan darah tinggi, mengorek hidung keterlaluan yang menyebabkan trauma, pengambilan alkohol.
“Hidung berdarah memang sangat biasa walaupun bagi sesetengah orang ia boleh mengancam nyawa. Biasanya, selaput dalam hidung cenderung untuk mengering kerana perubahan cuaca, alahan atau masalah sinus. Kehadiran objek asing dalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah,” katanya.
Kerap kali, hidung berdarah terjadi pada tisu yang membahagikan dua bahagian hidung. Terdapat banyak salur darah yang mudah pecah di kawasan itu. Pendarahan jenis ini mudah ditangani. Namun pendarahan di bahagian dalam hidung atau atas septum lebih sukar.
Pendarahan pada hidung yang kerap berlaku mungkin simptom masalah penyakit lain misalnya penyakit genetik dikenali sebagai Sindrom Osler-Weber-Rendu (degenerasi pada sistem salur darah).
Perlu juga diingat, ada kalanya pendarahan hidung itu mungkin simptom barah hidung. Pada akhirnya, jika pendarahan itu berlaku lebih dari sekali, jumpa pakar untuk pemeriksaan dengan endoskopi (kamera berlampu dengan skop nipis).
*sumber dipetik sebijik dari akbar berita harian online, untuk melihat klik disini.
*Ini juga adalah untuk menjawab kepada entri Cik Neko hari itu pada tajuk kenapa.
*kepada cik neko, aku terjumpa artikel ni dan khas tujuan kepada kamu~~~
Perek@ cerit@ Unknown at 1:19 PM 4 TuSuKan
Labels: penemuan baru
Thursday, February 18, 2010
Physics Family Day: Night 6/2/2010
Perek@ cerit@ Unknown at 3:27 PM 6 TuSuKan
Labels: fun, kegembiraan, kejayaan