Showing posts with label movie baru. Show all posts
Showing posts with label movie baru. Show all posts

Sunday, September 6, 2009

Sesi Membuang Masa!!


Jam 5.00am: Cadangan membuang masa dari 4 org yang telah bosan di bilik.

Jam 7.00am: Sesi tido sebelum penat berjalan.

Gambar bulan yang diambil semasa sesi perbincangan di waktu sahur(sumber: hp nokia 6500 slide)



Jam 2.00pm: Kami berempat bertolak ke Queensbay Mall untuk membuang masa.

Jam 5.00pm: Sedang bermain game arcade untuk membuang masa setelah penat ronda didalam jj.


Gelang yang dibeli oleh kami berempat!!!


Jam 6.00pm: Solat asar di surau(Ingat tau, lalai macamana pun, solat kene jaga)

Jam 7.00 pm: Membeli air di jusco untuk berbuka.

Jam 7.30pm: Solat magrib dan makan kurma yang diberi oleh pak Arab.



Pemandangan lantai didalam JJ

Cantik baju ni, tapi ada orang kata ianya seperti baju refree bola plak!!

streamer di QB yang dah bape bulan masih tergantung disitu aku rasa!!


Cermin Hadapan Al-Ikhsan



dah takda kerja nak ambil gambar orang plak!!

Bergaya seperti model dan mahu membelinya!!

Jam 8.30pm: Berbuka di KFC(tiada pilihan lain)

Jam 9.45pm: menonton wayang cerita UP setelah persetujuan bersama.

Jam 12.00am: kembali semula ke hostel al!!!nak duk bape lame lagi.

Jam5.00am: kembali bangun sahur!!!


Agak penat la berjalan 1 hari suntuk.......



Wednesday, August 26, 2009

Nur Kasih!!!

Nur Kasih!!

Aku baru saja selesai meonoton drama melayu yang menjadi kegilaan ramai diwaktu ini iaitu 'Light of Lover' atau nama lainnya Nur Kasih. Cerita yang banyak menyedarkan umat Islam yg telah sesat jauh dari ajaran yang dianutinya.

Sekarang ini sudah sampai episod ke-13. Pergolakan rumah tangga yang di alami oleh adam dan nur amina masih lagi tiada penghujungnya walaupun ada bibit-bibit mahu aman. Kedatangan adik nur amina ke rumah kakaknya menambahkan lagi konflik rumah tangga mereka dengan sikap sarah yang terlalu banyak muslihat. Seperti ada udang di sebalik KFC kan?(produk terbaru dikeluarkan oleh KFC).

Selamat Menonton!!!

Tahniah pengarah cerita ini 'Kabir Bhatia' kerana berjaya membawa konsep cerita yang luar dari kebiasaan. Semoga pengarah-pengarah lain mencontohi beliau dalam memartabatkan filem Malaysia. Tahniah!!!

Wednesday, August 19, 2009

Hari yang bosan diakhiri dengan sedikit ke'best'an!!



Mesti semua tertanya kenapa aku letak gambar ni kan?kalo peminat cerita korea mesti tahu sapa pelakon-pelakon kat sebelah ni. Lagi-lagi perempuan, sebab aku tahu perempuan minat cerita korea kerana bagi mereka pelakon lelaki mereka kacak dan bergaya. Kalah pelakon lelaki melayu kan?
Hari ini aku amat bosan sekali. Tahap kebosanan aku sampai aku banyak buat kerja rumah yang telah mak aku pesan. Bangun pagi lagi aku terus sarapan roti. lepas sarapan aku mandi dan melepak di sofa panjang dirumahku sampai aku hampir terlelap kembali. Mesti anda pun berasa demikian jika kebosanan. Betul tak?jangan nak tipu diri sendiri la.

hampir tengahari baru aku mula nak buat kerja rumah yang sememangnya aku malas nak buat.apa yang aku kene buat sampai aku malas nak buat ni??


first sekali aku basuh kereta honda jazz mak aku...
macam ini la rupanya kereta mak aku...

Lepas siap semua, aku bersihkan laman rumahku yang penuh dengan daun pokok mangga didepan rumahku sambil menyiram sekali pokok bunga dirumahku
(takde kerja kan siram pokok tengahari)

Lepas selesai keraja-kerjaku ini,aku pun makan tengahari disajikan oleh kedai dan dibeli oleh bapaku yang rajin pula pulang kerumah waktu tengahari hari ni!!
(diingatkan aku sungguh malas sehingga malas untuk masak sendiri,harap maaf)

Petang pula aku kembali basuh membasuh. Kali ini aku basuh moto pula. nak tahu moto apa???
inilah gambar yang hampir serupa dengan moto yang aku basuh


Selesai sahaja membasuh, aku pun basuh kembali. Kali ini aku basuh la plak badan aku yang dah berbau ni. Selesai makan dan solat magrib, aku pun makan malam bersama family aku. Kali ni aku beli sahaja di pasar. dan favourite aku dah tentu la nasi lemak.

Malam ni,dah tak tahu nak buat apa lagi. Aku pun berYM la dgn member aku. Dia cadangkan aku tengok cerita Cain And Abel. Cerita ni lah yang aku promote kat atas tadi.

Cerita ni pasal kisah adik beradik yang jadi doktor. kalo nak tahu? tgka la sendiri kat mysoju.com. Terima kasih kawanku yang bernama Marissa kerana telah memberi idea yang menarik untuk aku menhilangkan kebosanan. Lihat la sendiri cerita ni. Aku nak cerita pun aku baru je tengok episod pertama.

SELAMAT MENGHILANGKAN BOSAN DIRUMAH!!

Blog Widget by LinkWithin