Thursday, August 27, 2009

ikut saje




yes.


everyone i like.


not sure.


org islam xbela anjing.


lebih baik diamkan diri.


makan selagi halal.


dont like both


telok panglima garang.


around the world?


student.


tunggu kawen dulu.


don't remember.


xsuke susu.


3


dapat keje cepat.


ntah la.


xder kot...


sedekah,setuju ngan syue


radio head,creep from syue blog.


depend.


aku xtw pe yg aku xtw.


selagi sedap dimakan.


menyendiri.


chest x-ray, tapi slalu bermain dgn x-ray, dah keje aku.

garang.


taurus


tag to:
jaa, kalo dier xbuat syue punyer lagi.
neko D. 13
gardenia.

Wednesday, August 26, 2009

Nur Kasih!!!

Nur Kasih!!

Aku baru saja selesai meonoton drama melayu yang menjadi kegilaan ramai diwaktu ini iaitu 'Light of Lover' atau nama lainnya Nur Kasih. Cerita yang banyak menyedarkan umat Islam yg telah sesat jauh dari ajaran yang dianutinya.

Sekarang ini sudah sampai episod ke-13. Pergolakan rumah tangga yang di alami oleh adam dan nur amina masih lagi tiada penghujungnya walaupun ada bibit-bibit mahu aman. Kedatangan adik nur amina ke rumah kakaknya menambahkan lagi konflik rumah tangga mereka dengan sikap sarah yang terlalu banyak muslihat. Seperti ada udang di sebalik KFC kan?(produk terbaru dikeluarkan oleh KFC).

Selamat Menonton!!!

Tahniah pengarah cerita ini 'Kabir Bhatia' kerana berjaya membawa konsep cerita yang luar dari kebiasaan. Semoga pengarah-pengarah lain mencontohi beliau dalam memartabatkan filem Malaysia. Tahniah!!!

Monday, August 24, 2009

Aku Adalah Keyboard!!!


Aku adalah keyboard, petang ni aku masih lagi ditekan2 oleh tuanku untuk menaip. Aku amat berbangga kerana aku dihargai. Buktinya aku masih digunakan walau diriku ini sudah tidak seefektif ketika aku baru dibeli dulu.

Pagi tadi jam 5.00 pagi setelah penat menekan2 punat di badanku, tuanku berkata "ko tinggal sebentar ya!! aku mahu pergi bersahur sebentar. Jangan kau menanges ya keyboard." Tuanku pun keluar dari bilik untuk bersahur bersama-sama rakannya setelah mereka berjanji melalui alat eletronik yang boleh berhubung bernama telefon bimbit. Tentu semua sudah tahu apakah alat itu.

Tuan aku keluar bersama rakan-rakannya yang bernama incik Ja a, incik Kamal, cik Fatiya,cik Farah dan cik Farida(Umi). Dengan berbekalkan Jaket tebal dan seluar jeans(kerana semua jin dikurung, boleh la tuan aku bergaya dengan seluar jeans) untuk menghilangkan rasa sejuk, tuan aku pun keluar berjumpa dengan rakannya di pintu pagar RST seperti lazimnya.

Restoran Khaleel

Mereka pun terus menuju ke destinasi yang dituju iaitu Restoran Khaleel. kenapa ya mereka pilih restoran mamak 2? tanyalah mereka sendiri. Setelah sampai mereka pun mencari tempat yang kosong. Dengan gaya bersahaja mereka telah meng'order' mee goreng basah dan teh o panas untuk bersahur. Sungguh enak rasanya ketika makanan sampai dan masih berasap dan sedia untuk dimakan.
teh o panas

mee goreng basah

Mereka pun berborak sungguh galak seperti sudah lama tidak berjumpa. Padahal baru seminggu mereka bercuti dan tidak berjumpa. Sungguh gumbira meraka berjumpa kembali dan bercerita kisah2 menarik yang ingin mereka khabarkan.

Setelah jam menunjukkan hampir 5.30 minit pagi, mereka pun membuat keputusan untuk pulang sahaja ke bilik masing2. Setelah sampai di bilik, tuanku kembali mencuci mulut dengan memakan kurma yang dibawa dari kampung halaman hasil bekalan si ibu.

Buah kurma dari rumah!!

Sambil mengunyah si kurma, tuanku kembali menekan2 badanku untuk bercahtting pula dengan kakaknya, cik Odah. Sambil bergurau bersamanya, dia pun menge'cek' la apa yang patut di laptop beliau. Selepas dimarahi oleh kakaknya kerana disuruh bersolat, tuan aku pun terus sahaja bersolat dan berehat untuk melelapkan mata sebentar di atas katilnya.

Pabila tersedar jam menunjukkan jam 8.30 pagi. "Ah!!! sungguh malas untuk kekelas" kata2nya pabila tersedar(bukan senang dia nak ponteng kelas Dr. Azhar). Dia pun mengambil keputusan untuk tidak kekelas kerana masalah badan yang agak tidak berdaya ini.

Setelah itu dia pun kembali tidur dan terjaga kembali pada jam 11 pagi. Dia pun terus membuat apa yang patut. Lena sungguh dia tidur kerana hari hujan yang amat sejuk sampai ke petang. Tuan aku terus sahaja seharian duduk di dalam bilik kerana sungguh selesa ketika hujan dan amat sejuk. Sekarang ini dia kembali menekan2 badanku untuk menaip entri ini.


*kenapa aku tulis entri macam ni?sebenrnya aku teringat tentang karangan 'aku sebatang pen' dan 'aku sepasang c***' oleh ja a dan akmal ketika mereka berada di darjah 6 dahulu.

Tunggu waktu sahur ke???


Sekarang ni aku dah same ngan Ja a, aku pun dah ader 4 follower. Entri ni aku buat ketika aku tidak boleh tido. Bukan kerana sengaja nak tunggu sahur, tetapi aku mmg dah puas tido setelah penat bejalan.

Sat lagi masuk la hari ke-3 berpuasa. aku rase lain sikit tahun ni. Tahun ni aku puasa majoriti tidak bersama family.Kalu ikut perancangan, aku hanya akan bersama family ketika berpuasa 1st day dan last day sahaja.


family bahagia!!!

Hari ni lauk berbuka ku simple saja. Aku cuma makan apa yang tersedia di masjid. Bukan untuk berjimat, tetapi hari ni aku tiada mood untuk ke bazar mamilih lauk berbuka kerana penat untuk berjalandengan ramai orang disitu.

Sementara menunggu waktu sahur bersama rakan-rakan, aku telah menutup telingaku dengan alat yang mengeluarkan bunyi. Headphone kesayanganku sentiasa berada disisiku ketika kesunyian.

Dalam kebosanan ni, aku tak jemu untuk belajar perbaiki blog aku dari masa ke masa. Ya!!ak masih baru dalam bidang ni. Orang kata blog aku ni cam myspace pun ada. Bukan aku nak tiru, tapi memang aku minat gaya ni. Pirates of caribbean ni memang kegemaran aku dari mula cerita ni wujud. tak mustahil lah
aku ada semua koleksi cerita ni.

Inilah 2 watak yang aku paling minat dalam cerita pirates of caribbean. Gaya bersahaja jack sparrow dan
gaya menawan elizabeth tylor memang menarik perhatianku.






*Selamat bersahur dan berpuasa kepada semua

Sunday, August 23, 2009

Berhijrah!!


Ini Bas!!

Hari ni adalah hari ke-2 umat Islam berpuasa. Hari ni juga aku akan kembali meninggalkan keluargaku untuk pulang ke tempatku menuntut ilmu. Baru aku nak seronok berpuasa bersama keluarga, tetapi kekangan masa yang menyebabkan aku terpaksa berjauhan semula.

Aku kembali ke Penang semula dengan menaiki bas. Bas apa?itu aku tak tahu. Yang aku tahu aku cuma mahu sampai tepat pada masa dan selesa duduk di kerusi bas yang empuk itu. Empuk ke??? aku pun tak tahu. Tunggu sahaja jam 10 pagi ni untuk ketahui jawapannya.

Tike bas dah lama dibeli. Tapi ia dibeli oleh rakanku yang duduk berdekatan dengan stesen bas iaitu Kamaruzzaman. Petang ni, aku kembali semula berbuka bersama rakan-rakan seperti tahun-tahun lepas.

Aku berharap perjalananku pada pagi ni akan diberkati dan selamat sampai ke destinasi yang ditujui.
inilah destinasiku!!


*selamt berpuasa pada hari ke-2 semua.

Saturday, August 22, 2009

Puasa!!!

Just want to wish to everybody selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al-mubarak.

Entry yang ringkas sebelum masuk tido dan nak bangun sahur esok pagi...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ya kawan-kawan!!!

Friday, August 21, 2009

Ramadhan!!


gambar penyimpan mohor besaraja-raja

"Dengan ini saya diperintahkan Yang Di-Pertuan Agung dan diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja ingin mengumumkan tarikh puasa pada tahun ini jatuh pada 22 Ogos 2009 bersamaan hari sabtu"

Lebih kurang macam tu lah kata-kata beliau atau penyimpan mohor besar raja-raja apabila mengumumkan tarikh puasa ramadhan tahun ni. Sesiapa yang masih tidak mengenalinya bolehlah lihat gambar diatas ya!!

Kembali semula bulan kerahmatan@ramadhan pada tahun ini dan dinanti-nantikan oleh makhluk Allah yang mahu beramal ibadat.

Bermula esok kita akan berpuasa selama sebulan ya kawan-kawan. Jangan kamu sengaja tinggal puasa ya!! mungkin saya tidak nampak, tetapi Allah nampak ya kawan-kawan.

Tempat beribadat@rumah Allah.

Dengan bermulanya puasa pada esok hari, maka akan bermula jugalah solat sunat tarawikh yang hanya akan dinikmati pada bulan Ramadhan sahaja. Maka mulai malam ini kita akan bersolat sunat tarawikh pada malam pertama. Bagi yang berkemampuan, marilah kita beramai-ramai datang mengimarahkan masjid ditempat masing-masing untuk sama-sama menunaikan solat tarawikh ya kawan-kawan!!

*selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia.

Blog Widget by LinkWithin