Sunday, August 29, 2010

Orang yang dah tertutup pintu hatinya~

Inilah akibat, kalo disuruh mengkaji, dier kaji separuh jalan je..Orang kate kalo dah xnak bende 2, buat la cmne pun,tetap xdapat hidayah gak...

Harap maaf, entri ke seratus ni agak emo skit ea...

Thursday, August 26, 2010

Bila Subuh itu Terlalu Nyaman~

Nyaman pagi2 subuh ni kan...Aku ingat pagi2 subuh ni smue orang berpusu2 nak beribadah lepas pelik celik mata. Tapi pagi2 lagi aku dah jumpa yg xbest depan mata aku...Rupa2nya ada jugak orang nak berdating pagi2 subuh ni kan, dorang ni tak reti sejuk ke berdua2 kat tempat yg mmg angin bertiup...Cik kak, cik abang oi..tunggu la siang dulu kalo ye pun nak dating...dah tak sabar sangat nak jumpa pun jangan la kat tempat sunyi camtu~~~kalo kene tangkap basah nanti, ader plak yg mmg basah sluar...


huh, teremo skit pagi2 ni bile tengok luar jendela bilik ternampak sesuatu yang mmg seronok utk syaitan tapi tak seronok utk org yg normal...

Wednesday, August 25, 2010

jersy idaman~

wahaha...dah jadi rumah tinggal belog ni kan...

aku malas nak update..xder mood nak mengarang cerita sebenarnya..

tapi arini aku seronok sebab barang yang aku tunggu dah sampai...tapi masih belum memenuhi keperluan sebenar la..sbb aku nak jersy all black, tapi xder stock, so aku amik la jersy roses(betul x aku pun xtaw la).



kat atas ni aku tunjukkan sikit gambar barang baru ni, tapi jersy all black baru je sampai...ada sapa nak order sama ngan aku?leh la kiter pakai sama2 nanti~~

Hari minggu lepas aku dan beberapa orang kawan telah p ke toy muzium, nanti aku upload laen lak...skang ni malas nak pk cerita...

ok semua, have fun and enjoy~

Wednesday, June 23, 2010

SUKUM 35 di USM~

Dah lama aku tak update blog,

Bukan xmau, tapi xsempat~~

Harini tak berapa sibuk la. Aku jadi sukarelawan sukum, USM target 12 emas(dari VC sendiri la)

Skang ni USM dah dapat 6 emas, pastu ader peluang kat dalam game bola sepak senior ngan veteren. lagi satu kat hoki. Boleh la 9. Tapi bola tampar dapat suku akhir, sepak takraw pn dapat separuh akhir...

Agak2 dapat x capai 12 emas yag VC cakap, sebab kalo dapat staf yang terlibat dalam sukum dapat cuti~~

Begitulah meriah dan kesibukan SUKUM 35 kat USM~~

Wednesday, June 9, 2010

Ramai budak Palapes Di USM!!

sebentar sahaja aku sudah berada di USM, rasa macam dunia ni cepat sangat berjalan~~

Aku berada di USM untuk 2 aktiviti, pertama sukum 35 yg akan berlangsung 16-26 jun ini~~

Dan yang kedua aku akan hadiri kursus training of trainers (TOT) pada 11-13 jun ni~~

so, selama ni aku akan sibuk skit la, paham2 la ea kalo anda memerlukan  aku tapi aku tidak dapat memenuhi permintaan anda.

Sekian dan harap maklum~

Tajuk diatas tiada kene mengena pun, sebab skang ni ramai dak2 palapes kat sini tempat aku melepak sementara menunggu mendapat bilik~~


Tuesday, June 8, 2010

jumpa lagi rakan belog~~

wahaha~~

fatiya telah ader belog sendiri jugak~~

Aku bangge kerana telah semakin ramai orang yang mempunyai belog~

terutama sekali rakan2ku sendiri~~

So, aku pun membuat entri ini dengan meraikan beliau dalam dunia belog yg baru ku tahu tentang kehadirannya~~

Aku juga ingain menjawab tag dari belog ini yang meminta daku menjawapnya:-

1. adakah anda berasa 'hot'
oh, aku masih berjaya mengawal tahap makan pedas untuk berasa hot kecuali makan di pecel.

2. Upload wallpaper laptop/pc yang anda guna sekarang! dan nyatakan sebab:
oh, aku sudah lupa letak dimana pic tersebut, maaf ya~~sebab kerana aku sangat suka gambar tersebut, gambar diambil sendiri dengan dslr aku gune kits lens je tapi efek yg terlalu best kerana bg yg sangat blur~~mahu tgk mari lah berjumpa aku sendiri, tapi rasenye dah ader dalam belog ni, cube anda klik disini dan tgk gambar ke-6

3. Kali terakhir makan pizza.
lupa sudah,aku rase mase agm fizik sem lepas, tapi 2 pun us pizza...pizza free, sedap je~haha~~

4. Lagu terakhir anda dengar?
lagu tema tv9 yg baru je sebentar aku dengar, kini kau dihatiku~~~

5. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini?
menonton kapten barbel, sebuah cerita filipina yg dialih bahasa sambil berym dengan senarai on9 di ym~~

6. Selain nama sendiri anda dipanggil apa?
owh, angah or abg ngah~~sebab aku kan anak kedua~~

7. Tag lagi 4 orang.
Saya juga malas seperti cik milah, tapi kalo ader pn nak tag, beliau pun dah mengetag orang itu~~so sape2 yang nak buat selepas bace belog ni, buat, tiada halangan~~anda dialu2kan~

8. Berikan 5 yang anda tahu tentang yang orang yang mengetag anda.
oh,dier adalah cik milah, dier seorang kakak yg kecik, dan banyak or petah bercakap(sepatutnya beliau masuk pasukan debat), beliau telah kukenal di usm, beliau juga kadang2 teremo sendiri~~ader lagi ke?ala pandai2 la nak judge, malas dah~~


Friday, June 4, 2010

Zoo berharga RM20!!

Beberapa minggu lepas aku telah pergi ke zoo negara untuk berjalan2.

Sungguh penat gak dengan macam2 hal berlaku,

Pagi2 xder la macam2 hal, cume cam bese la, tunggu tren, pastu hujan..

Sampai lak dekat ngan stesen subang kot, tren rosak lak, kalo sekejap xpe, tapi 1 jam lebih,

Dah elok 2, kami pun meneruskan perjalanan ke zoo.

Kami sampai zoo lebih kurang jam 2 ptg...

Kami tanpa berlengah terus masuk dalam zoo dan ke sana untuk tidak membazir masa.

Kat bawah ni ada beberapa gambar kami...

Ni gambar bersama ahli rombongan di hadapan pintu masuk, kredit to mark kerana amik gambar~

Ape name keluarga kuda ketot ni aku pun xtw, yang pasti bukan keldai~kalo xsilap aku pony nama dier~

Ni plak gambar ketika menuggu show kat zoo negara, kedatangan kami tepat pada masa sebab time 2 show baru nak mula~

Ni la helang merah yang dibanggakan oleh USM kerana banyak kat USM, aku sempat snap mase helang ni terbang kat atas aku kat show tersebut~~

Ikan pari ni mengkagumkan aku~~

Kalo tengok betul2 nampak ikan 2 tengah gelak kat mark~haha

Zirafah yang panjang dan tinggi~~

tengah tgk pe 2?

2 la perjalanan kami kesana pada hujung minggu~

Post ni aku dah kuarkan kat dalam entri ni, tapi terlalu sedikit, sungguh seronok kami disana~~

Sekian~

Blog Widget by LinkWithin