Sunday, August 23, 2009

Berhijrah!!


Ini Bas!!

Hari ni adalah hari ke-2 umat Islam berpuasa. Hari ni juga aku akan kembali meninggalkan keluargaku untuk pulang ke tempatku menuntut ilmu. Baru aku nak seronok berpuasa bersama keluarga, tetapi kekangan masa yang menyebabkan aku terpaksa berjauhan semula.

Aku kembali ke Penang semula dengan menaiki bas. Bas apa?itu aku tak tahu. Yang aku tahu aku cuma mahu sampai tepat pada masa dan selesa duduk di kerusi bas yang empuk itu. Empuk ke??? aku pun tak tahu. Tunggu sahaja jam 10 pagi ni untuk ketahui jawapannya.

Tike bas dah lama dibeli. Tapi ia dibeli oleh rakanku yang duduk berdekatan dengan stesen bas iaitu Kamaruzzaman. Petang ni, aku kembali semula berbuka bersama rakan-rakan seperti tahun-tahun lepas.

Aku berharap perjalananku pada pagi ni akan diberkati dan selamat sampai ke destinasi yang ditujui.
inilah destinasiku!!


*selamt berpuasa pada hari ke-2 semua.

Saturday, August 22, 2009

Puasa!!!

Just want to wish to everybody selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al-mubarak.

Entry yang ringkas sebelum masuk tido dan nak bangun sahur esok pagi...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ya kawan-kawan!!!

Friday, August 21, 2009

Ramadhan!!


gambar penyimpan mohor besaraja-raja

"Dengan ini saya diperintahkan Yang Di-Pertuan Agung dan diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja ingin mengumumkan tarikh puasa pada tahun ini jatuh pada 22 Ogos 2009 bersamaan hari sabtu"

Lebih kurang macam tu lah kata-kata beliau atau penyimpan mohor besar raja-raja apabila mengumumkan tarikh puasa ramadhan tahun ni. Sesiapa yang masih tidak mengenalinya bolehlah lihat gambar diatas ya!!

Kembali semula bulan kerahmatan@ramadhan pada tahun ini dan dinanti-nantikan oleh makhluk Allah yang mahu beramal ibadat.

Bermula esok kita akan berpuasa selama sebulan ya kawan-kawan. Jangan kamu sengaja tinggal puasa ya!! mungkin saya tidak nampak, tetapi Allah nampak ya kawan-kawan.

Tempat beribadat@rumah Allah.

Dengan bermulanya puasa pada esok hari, maka akan bermula jugalah solat sunat tarawikh yang hanya akan dinikmati pada bulan Ramadhan sahaja. Maka mulai malam ini kita akan bersolat sunat tarawikh pada malam pertama. Bagi yang berkemampuan, marilah kita beramai-ramai datang mengimarahkan masjid ditempat masing-masing untuk sama-sama menunaikan solat tarawikh ya kawan-kawan!!

*selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia.

Thursday, August 20, 2009

Berkawanlah!!!



Inilah cerita yang aku tonton tadi!!

Baru je sebentar tadi aku melihat cerita melayu yang ramai orang melayu sendiri tidak suka menontonnya. kenapa?kenapa dan kenapa???

Sebab orang kata cerita melayu semua berkaitan syarikat. Kenapa jadi macam tu???

itu yang aku tak tau nak cakap macam mane lagi. Tanye la pengarah cerita melayu sendiri.

Apa yang aku nak cerita sebenarmya pasal KALA HATI ni? Aku dah tonton dari awal cerita ni
sebenarnya, dari episod 1 lagi. Walaupun cerita ni berkaitan syarikat dan orang kaya, tapi banyak benda yg perlu kita contohi tauladannya.

Cerita ni berkisahkan seorang anak angkat yang tersisih daripada mak angkatnya. tauladan lain
cerita ni ialah kisah persahabatan. kenapa persahabatan pula yang dipersoalkan.

umpama kawan yang setia kan??


Dalam cerita ni, si Faizal@hero cerita ni sungguh percaya kawan sampaikan kawan perguna dia pun si Faizal ni masih nak menyiasat dahulu. Sungguh muliakan hati si kawan tu??

Apa yang kita harapkan sekarang ni pada kawan. Moral sebenarnya ialah kawan penting untuk sesiapa sahaja yang bernama manusia ataupun makhluk Allah. Tapi kita mesti kena pandai berkawan, org kata kawan biar seribu, musuh jangan dicari.

Berbalik kepada cerita tadi dia banyak berfikir untuk teruskan jalan hidupnya kerana tidak mahukan hati sesiapa terluka termasuk kawan dan keluarga. Kawan macam ni lah kita kena cari sebenarnya.
Berkawan biar ikhlas, jangan ada udang disebalik mee ya kawan-kawan. kalau nak tahu cerita selanjutnya pasal cerita ni, tontonlah sendiri ya kawan. orang yang sabar tidak akan rugi walaupun dibenci.

Layarilah di www.tv3,com.my untuk menonton ya.






Wednesday, August 19, 2009

Hari yang bosan diakhiri dengan sedikit ke'best'an!!



Mesti semua tertanya kenapa aku letak gambar ni kan?kalo peminat cerita korea mesti tahu sapa pelakon-pelakon kat sebelah ni. Lagi-lagi perempuan, sebab aku tahu perempuan minat cerita korea kerana bagi mereka pelakon lelaki mereka kacak dan bergaya. Kalah pelakon lelaki melayu kan?
Hari ini aku amat bosan sekali. Tahap kebosanan aku sampai aku banyak buat kerja rumah yang telah mak aku pesan. Bangun pagi lagi aku terus sarapan roti. lepas sarapan aku mandi dan melepak di sofa panjang dirumahku sampai aku hampir terlelap kembali. Mesti anda pun berasa demikian jika kebosanan. Betul tak?jangan nak tipu diri sendiri la.

hampir tengahari baru aku mula nak buat kerja rumah yang sememangnya aku malas nak buat.apa yang aku kene buat sampai aku malas nak buat ni??


first sekali aku basuh kereta honda jazz mak aku...
macam ini la rupanya kereta mak aku...

Lepas siap semua, aku bersihkan laman rumahku yang penuh dengan daun pokok mangga didepan rumahku sambil menyiram sekali pokok bunga dirumahku
(takde kerja kan siram pokok tengahari)

Lepas selesai keraja-kerjaku ini,aku pun makan tengahari disajikan oleh kedai dan dibeli oleh bapaku yang rajin pula pulang kerumah waktu tengahari hari ni!!
(diingatkan aku sungguh malas sehingga malas untuk masak sendiri,harap maaf)

Petang pula aku kembali basuh membasuh. Kali ini aku basuh moto pula. nak tahu moto apa???
inilah gambar yang hampir serupa dengan moto yang aku basuh


Selesai sahaja membasuh, aku pun basuh kembali. Kali ini aku basuh la plak badan aku yang dah berbau ni. Selesai makan dan solat magrib, aku pun makan malam bersama family aku. Kali ni aku beli sahaja di pasar. dan favourite aku dah tentu la nasi lemak.

Malam ni,dah tak tahu nak buat apa lagi. Aku pun berYM la dgn member aku. Dia cadangkan aku tengok cerita Cain And Abel. Cerita ni lah yang aku promote kat atas tadi.

Cerita ni pasal kisah adik beradik yang jadi doktor. kalo nak tahu? tgka la sendiri kat mysoju.com. Terima kasih kawanku yang bernama Marissa kerana telah memberi idea yang menarik untuk aku menhilangkan kebosanan. Lihat la sendiri cerita ni. Aku nak cerita pun aku baru je tengok episod pertama.

SELAMAT MENGHILANGKAN BOSAN DIRUMAH!!

akhirnya hampir siap

inilah rupenya blogku yg hampir siap.

ianya setelah penat lelahku hampir beberapa hari untuk belajar membuat blog ini. Ya, setelah penat dan banyak bertanya kepada rakan-rakan blogku.akhirnya minat baruku ini hampir menjadi kenyataan.

Ya kawan-kawan, walaupun kata-kataku ini tidak seberapa, tapi aku tetap gembira kerana inilah teman luahan hatiku sekarang ini. Aku tidak memaksa untuk sesiapa membacanya, tetapi aku ingin berkongsi sahaja apa yang aku ketahui.

terima kasih semua.

regard,
general sp@rrow.

Tuesday, August 18, 2009

Kedai Baru!!



tadi baru aku balik dari kedai baru mak aku...
just nak promote je sebenarnya...

penat gak la tadi

mula2 p la pejabat tanah daerah kuala langat...
buat apa???

itu yg kite xtaw...

sebenarnya just nak edar pamplet je..

pamplet pasal kedai baru mak aku la!!!

lepas 2 aku p la kat pejabat daerah plak, kat situ aku bt bende yg sama.
rasa malu gak...tapi inilah yg mak bapak aku buat nak promosi...
bkn senang nak maju dalam bisnes ni...

lepas 2 ak pusing la sekitar banting nak letak kat kereta disekitar banting la pamplet 2...

DAN

akhirnya aku sampai la kat kedai mak aku..

nama kedai sha gelis collection.

jual pe je???

nak taw ke??

datang la kat banting business centre...
bersebelahan McDonald...

mak aku jual smua jenis baju raya laki2 dan perempuan la...

harga plak??

harga dier berpatutan,
dah survey kat sekitar shah alam,
tapi kat kedai mak aku lagi murah dah boleh runding...

so........

ape tunggu lagi???

mai la datang ramai2 ke kedai mak aku di banting..

*diperingatkan,gambar hanyalah paparan sahaja

Blog Widget by LinkWithin