Sunday, November 29, 2009

Selepas exam!!

Wah lame sudah aku tidak berbelog, rasanya seperti tiada belg sudah.

Bukan tidak mahu berbelog, tapi kekangan masa ketika exam dan raya membantutkan hajat ini.

Tapi aku gembira balik rumah ni, kamera p&s aku dah kembali dari demam yg lama.

Aku pun tak tau kenapa kamera aku dah kembali normal. mungkin merajuk kot. tapi aku sangat gembira raya ni.

Aku cuma mahu mengucapkan selamat hari raya aidil adha kepada semua umat Islam

Lagi satu aku amat bahagia cuti kali ni sebab aku dah abes exam walau terseksa dengan
paper solid state physics

Monday, November 16, 2009

Countdown!!!

Semakin hari semakin hampir kepada masa yang ditunggu oleh semua pelajar Dr. Sohail. Ianya termasuk jugalah aku yang ingin menghadapinya tak lama lagi. Aku tak tau aku telah bersedia atau belum untuk menghadapinya!!!

Pening kepalaku belum sembuh rupenya. Pagi tadi aku masih lagi merasai saki baki sakit kepalaku. Tapi aku gembira kerana 1 kerja ku telah selesai. Aku telah menghantar pulang buku-bukuku yang seberat 17.94kg keseluruhannya kerumah menggunakan pos. Dan berat itu pula telah dicaj sebanyak RM19.50 semuanya. Pakcik di pejabat pos terkejut dengan buku seberat itu yang aku bawa. Sebelum itu beliau telah dikejutkan dengan buku berat oleh cina yang mahu mengepos juga. Tapi tak seberat buku ku.

Solid State Physics!!! aku masih tak paham apakah yang aku cuba pahamkan walaupun telah beberapakali aku menbcubanya.

Aku berdoa supaya aku dapat menjawab dengan sempurna kertas peperiksaan itu pada pagi jumaat yang mulia nanti!!!

Thursday, November 12, 2009

Terhasil!!!!

Ini adalah cubaan pertamaku dalam Kedai photo dan juga bilik lampu!!!! Fuhhhhhhh, agak payah gak. Aku xtau nak buat ape sebenarnye, last2 inilah yang terhasil.

Dalam gambar ini ada cik fatiya, cik farah, cik rasis, en hazwan en sopi, en akmal, en. man, en. jaa, cik odah dan juga aku sendiri(kepada yang tiada aku mintak maaf ye!!!). Aku tak sempat nak masukkan semua gambar dalam ni, so aku pn masuk mane yang ada je la!!!

Dalam gambar ni sebenarnye gambar kawan2ku di USM yang selalu bersama ketika membuat aktiviti yang dirancang.

Gambar ini sebenarnye nak ditujukan kepada Cik Shaodah Juperi yang akan menyambut hari kelahiran pada esok hari bersamaan 13 Nov. Meningkat lagi umur sahabatku yang paling tua ini. Sebaya abangku sudah. Selamat hari lahir yang ke-23 ye kakak!!! Semoga kamu mencapai hajat apa yang diidamkan nanti.

Orang kata makin tua ni makin gatal, harap kakak tak macamtu la ye. Nak p reunion nanti harap dapat menjaga diri elok2 la ye!!!

Tuesday, November 10, 2009

Makan Pizza!!!



Hari ini sekali lagi aku bosan kerana menunggu paper yg terakhir untuk pulang ke kampung halaman. Urghhhh!!!lambatnya masa berlalu. Seperti biasa malam2 aku tido agak lambat untuk selak menyelak halaman buku solid state physics oleh prof sohail aziz khan(Sampai sekarang aku xpaham ape yang nak disampaikan dalam buku ini). Apa yang aku tau tentang buku ini ialah solid state atau BAHASA MELAYU ialah keadaan pepejal(keras). Kalau kita paham, secara kasar keadaan keras ini tak berubah bentuk la kan???Fuh, tapi sungguh payah rupenya nak blaja keadaan keras ni!!!(Jangan fikir kuning ye).

Nak tak nak, aku terpaksa lah blaja gak bende alah ni!!! Terima kasih prof sohail kerana mengajar saya keadaan keras

Sebentar lagi sebenarnya nak pi makan pizza(mimpi ape ntah mula2). Setelah fikir2 balik, baru aku teringat, hari ni sambutan hari matang setahun kawanku lagi seorang. Dengan baik hati beliau ingin belanja makan pizza(rezeki jangan tolak orang tua cakap).

Selamat menyambut hari semakin hampir kepada-Nya. Semoga kamu lebih matang dan bijak membuat segala keputusan. Dan selamat bekerja denganku ketika cuti nanti ye!!!(jangan lupa final projek kita masih tak siap lagi).

Mohd Akmal B. Mohd Seth Tan.
Hensem bergaya sama seperti nama empunya diri!!!Lepas ni jangan lupa daftar mengundi. Tambah lagi satu tanggungjawab.


Sunday, November 1, 2009

Memerah!!!


Entri pendek ini mahu mengucapkan selamat menjawab exam dengan jayanya kepada semua yang mengambil exam terutama pelajar-pelajar USM yang akan bermula esok.

Tidak lupa juga diucapkan janga terlalu leka kepada kamu sekalian dengan benda-benda tidak berfaedah supaya dapat tumpu sebentar dengan peperiksaan yang akan dihadapi

sekadar Hiasan!!!

Blog Widget by LinkWithin