Kita doakan waris dan penjaga mereka diberikan ketabahan. Dalam kesusahan menjaga dan mengurus mereka yang kurang berupaya ini. Ingatlah sebenarnya mereka adalah ahli syurga kerana bersihnya mereka dari segala dosa. Semoga mereka akan memberi bantuan di akhirat nanti kepada orang yang telah membantu mereka di dunia ini.. Pasti bagi penjaga mereka yang tabah dan redho dengan Tuhan ini akan dijamin dengan kesenangan di akhirat Nanti.
Adik ini berusia 18 tahun. Lelaki. Kelihatan tubuhnya tidak berisi. Ayah sudah tiada. Mak bekerja membawa lori sayur (kalau tidak silap dengar). Di jaga oleh neneknya.
Bayangkan nenek yang usianya sudah lanjut, sepatutnya hanya perlu memikirkan dan menguruskan diri sendiri sahaja tetapi terpaksa menanggung sendiri cucunya ini. Terpaksa menyalin lampin si adik ini. Bayangkan, beliau akan mengusung adik ini ke bilik mandi! Si tua terpaksa menarik tikar yang melapik adik tersebut kerana kekurangan kudratnya yang sudah tidak seberapa.
Malangnya, kita mendapat berita dari nenek ini, bantuan zakatnya dihentikan. Alasan tidak tahu. Bantuan kebajikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk adik yang bergelar OKU seperti ini juga tidak diberikan.
Tabah dan Redho sungguh nenek ini. cuma sesekali, terlihat kelopak matanya yang tua itu berkandung air jernih, tetapi cepat ditahannya dari menitis. Bayangkan 18 tahun si nenek tua ini tabah mengasuh dan menguruskan adik tersebut.
*Harap agar penderitaan mereka dapat diringankan.