Friday, August 21, 2009

Ramadhan!!


gambar penyimpan mohor besaraja-raja

"Dengan ini saya diperintahkan Yang Di-Pertuan Agung dan diperkenankan oleh duli-duli yang maha mulia raja-raja ingin mengumumkan tarikh puasa pada tahun ini jatuh pada 22 Ogos 2009 bersamaan hari sabtu"

Lebih kurang macam tu lah kata-kata beliau atau penyimpan mohor besar raja-raja apabila mengumumkan tarikh puasa ramadhan tahun ni. Sesiapa yang masih tidak mengenalinya bolehlah lihat gambar diatas ya!!

Kembali semula bulan kerahmatan@ramadhan pada tahun ini dan dinanti-nantikan oleh makhluk Allah yang mahu beramal ibadat.

Bermula esok kita akan berpuasa selama sebulan ya kawan-kawan. Jangan kamu sengaja tinggal puasa ya!! mungkin saya tidak nampak, tetapi Allah nampak ya kawan-kawan.

Tempat beribadat@rumah Allah.

Dengan bermulanya puasa pada esok hari, maka akan bermula jugalah solat sunat tarawikh yang hanya akan dinikmati pada bulan Ramadhan sahaja. Maka mulai malam ini kita akan bersolat sunat tarawikh pada malam pertama. Bagi yang berkemampuan, marilah kita beramai-ramai datang mengimarahkan masjid ditempat masing-masing untuk sama-sama menunaikan solat tarawikh ya kawan-kawan!!

*selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia.

Blog Widget by LinkWithin