Saturday, September 19, 2009

Jariku tersepit seketika!!!

Ini hari 2nd last aku bergonjengan bersama mereka diluar sebelum aku kembali ke kampung halamanku!!!

Pada hari itu aku bersama yang lain iaitu cik farah, jaa, kak odah, man, fatiyya, hani, mira, dalila dan siti telah ke restoran Pak Husin untuk menikmati hidangn berbuka puasa secara hidangan.

Keriangan kami bermula apabila jam 7 malam baru merancang dan mengumpul orang untuk kesana bersama 3 buah kenderaan.

Pada jam 8 malam baru kami bertolak untuk mengelakkan tidak mendapat tempat.

Farah bersama tomyam yang dihidangkan!!

Sampai disana kami menempah hidangan berharga rm 50 sebanyak 2 hidangan untuk 10 orang. Agak berbaloi harganya(kerana aku sungguh kenyang pada malam itu).

Kami pun menjamu selera dengan hidangan terhidang sehingga licin kesemuanya walaupun ada yang sudah kekenyangan.

sayur campur!!

Kak Odah bersama ikan masak 3 rasa(gembira sungguh beliau pada malam itu)

Tak sabar menunggu nasi ke???

Kerabu sotong yang agak memikat selera ku pada malam itu!!!

Selepas menjamu selera kami pun bereda menuju ke fun fair(betul ke aku eja ni?)

Disana, Pada mulanya kami bermain 'bumper car'. Seronok main tapi 2 bende aku xpuas ati ketika bermian. 1st aku xpuas ati sebab terlalu ramai orang bermain di tempat yang terlalu sempit. Ke-2 aku xpuas ati sebab terlalu sekejap untuk bermain. Aku rasa tak berbaloi aku bayar mahal2. Lebih baik aku pi genting.

Lepas tu aku pun bermain discovery untuk kali ke-2 setelah kali pertama di sunway lagoon dulu.

Itupun aku naik atas ajakan penghuni kereta swift(mira,hani,dalila,siti).

Aku berasa pening seketika selepas itu. Selepas pulang aku pun terus tido sampai sahur kerana masih tak hilang pening.

Owh tidak lupa nak cerita. sebelum pulang jariku telah tersepit di kereta jaa setelah dikatup oleh kak Odah. Sungguh sakit ketika itu(rasa macam jariku terputus). Sampai sekarang aku masih terasa sakit jika aku menyentuhnya. Dan paling aku lucu kak Odah telah lupa akan keadaan itu sehari selapas itu seperti tiada apa yang berlaku. KU agak geli hati kerana begitu cepat beliau melupakannya.

*kesimpulannya, jangan letakkan jari anda ketika pintu hendak dikatup...
*Selamat Hari Raya maaf Zahir Batin Kepada Semua Umat Islam

Blog Widget by LinkWithin