Semalam bersamaan 14/09/2009 @ 24 ramadhan pihak PPKT(singakatan pusat ........... komputer dan teknologi kowt,aku lupa la!!!) ada membuat sedikit perbincangan dengan student mengenai masalah yang dihadapi student tentang WIFI USM.
Adakah penggunaan WIFI di sini sudah terlalu baik???Adakah mereka menganggap bahawa tuntutan pelajar tantang msalah WIFI adalah remeh???Adakah mereka memang sedang berusaha untuk membuat yang terbaik untuk pelajar USM???Adakah Masalah WIFI di USM yang agak teruk ini tidak akan pulih sampai bila-bila atau ianya hanya sementara???Adakah Universiti Apex ini sudah mempunyai perkhidmatan WIFI yang terbaik di malaysia???
Sama-sama kita renungkan masalah tersebut dan adakah mereka ada penyelesaian yang paling berkesan untuk masalah tersebut???
Semalam mereka ada berjanji bahawa perkhidmatan WIFI USM akan dinaik taraf kepada yang lebih baik mulai selepas raya. Adakah betul janji-janji mereka atau ianya hanya satu permainan kata-kata seperti lazimnya kata-kata ahli politik???
Setahu aku la kan, mereka telah berjanji sejak aku mula masuk USM lagi dengan kata-kata manis bahawa WIFI sedang dinaiktaraf dan berharap supaya pelajar bersabar untuk menunggu. Tapi sekarang ni pun aku nak graduate dah. tapi ianya masih ditakuk lama bahkan ianya makin teruk aku rasa. Kalu dulu aku boleh online pada waktu pagi,petang dan malam. Tapi sekarang aku hanya boleh online pada pegi dan lewat tengah malam sahaja. betulkah ianya dipanggil naik taraf???
Gambar hiasan!!
Hampir setiap keluaran naskhah berita kampus ada menyebut tentang masalah ini di ruangan pendapat dan masalah. Adakah mereka tidak membaca???sedangkan ianya dijual secara meluas oleh pelajar sendiri disetiap pelusuk kawasan USM. Adakah pihak perwakilan pelajar tidak pernah menyuarakan masalah pelajar yang paling banyak ini kepada pihak ppkt???Atau mpp hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh mereka???
Semoga apa yang mereka janjikan kepada pelajar dapat ditunaikan pada masa yang mereka sendiri tetapkan. Semoga janji-janji tersebut bukan sekadar janji kosong seperti janji kepada budak-budak seperti berikut. "adik, kalau adik puasa penuh, nanti abah belikan gula-gula ya!!". Kata-kata hanya untuk menraik minat budak kecik.
*renung-renungkanlah dan beri jawapan yang benas!!