Pada jam 11.00 malam, sebenarnya hatiku amat bosan malam tadi. Tiba-tiba sahaja farah mesejku untuk memberi pendrivenya. Aku pun turun la kebawah untuk mengambil(dia nak ambil cerita nurkasih la!!). Aku pun berborak la dengan beliau dan pada masa sama dier bermesejan dengan ja A untuk menyatakan keboringannya. Ja A dengan excited state nya bertambah excited untuk keluar kerana ada orang yang bosan dan boleh menjadi teman bosannya diluar.
Kami pun merancang untuk ke padang kota. Tepat pada jam 11.50malam, kami telah berkumpul bersama ja A, molok, farah, fatiya, aida dan aku menaiki 3 motor. Sudah tentu la kami menaiki motor untuk mengelakkan kesesakan yang melampau dan sudah tentulah ja A meaiki bersama denganaku(teman borak pasal kamera).
tugu birch di perak(sebenarnya hanya di padang kota sahaja!!)
Di lebuh raya, aku terlalu laju membawa motor kerana:
- untuk menyaingi kereta-kereta yang amat laju sebelum masuk kedalam jalan motosikal(kalo nak tahu alami la sendiri. Memang payah nak masuk dengan simpang yang paling pelik!!)
- Untuk sampai tepat pada masa iaitu jam 12 malam(Sungguh lambat aku rasa perjalanan motorku!!)
Akhirnya aku pun sampai di padang kota pada jam 12.15 malam lebih kurang. Tetapi dengan kehilangan farah merisaukan daku yang kononnya prihatin ini. Aku pun mencari mereka sehinggalah aku bertemu mereka lebih kurang jam 1.00malam sperti kata-kata di blog ja A ya!!kerana aku tidak melihat jampada masa itu.
Farah bersama olala-olele nya!!
Aku malas untu menceritakan detik-detik air mata farah ya. Sila baca di blog ja A untuk mengetahui lebih lanjut. Kami pun tiba lah di padang kota lama dan memarkir motoruntuk melepak sambil menunggu kunjungan letupan bunga api yang tidak juga muncul.
Apa yang kami tiba x muncul, tetapi yang lain pula muncul. Kehadiran pegawai-pegawai agama penang memang prihatin terhadap gejala sosial. Mereka memang mengawal keadaan untuk tidak belaku maksiat. Tapi bukan itu yang kami kagum, tetapi ombak jahat(amat kuat!!) yang kami kagumkan. Memang sungguh tinggi ombak itu. Aku pun terkejut pada kali pertama melihatnya. Kami tunggu disitu sehingga Ja A dapat mengambil gambar ombak itu.
Setelah beberapa minit, Farah dan Fatiyya berkata "boleh la kita balik awal"
Maksud tersiratnya jangan harap nak balik selagi ja A tak dapat ambil gambar ombak tersebut.Untuk mengetahui aktiviti seterusnya, sila baca blog ja A lagi ya!!
Inilah gadget yang digunakan untuk mengambil gambar tersebut.
Terasa penat la pulak mengambil gambar. Kami pun berjalan-jalan di food court untuk memenuhi orang yang mengidam ais krim(boleh plak nak mengidam pagi-pagi buta ni). Kami pun kesana untuk mencari ais krim. Apa terjadi??sekali lagi baca blog ja A. Tetapi gambar dibawah ini adalah untuk memberi kredit kepada aida kerana telah membelanja kami makan pasembor padang kota yang agak mahal. Terima Kasih Aida.
Inilah gaya pasembor tu!!!
Aku tidak berapa selera untuk makan masa itu, sebab aku masih tertarik dengan suasana di padang kota malam itu. Tetapi farah telah membeli olele-olala nya untuk menghiburkan hatinya setelah tidak berjaya meminjam dari seorang budak yang amat sombong kepadanya.
suasana mat rempit yang berjiwa merdeka!!
Inilah meraka sebelum menguasai jalan raya!!
Inilah gambar terakhir aku ambil sebelum aku balik. Tetapi aku singgah di subaidah jam 3 pagi untuk bersahur. Sahur yang terlalu awal menyebabkan aku sudah kelaparan sekarang. Setelah itu tamat la ekspedisi ke padang kota pada malam merdeka!
*gambar yang diambil olehku tidak cantik ya!!maaf kerana aku tiada kamera mahal.
**SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE-52.