Aku adalah keyboard, petang ni aku masih lagi ditekan2 oleh tuanku untuk menaip. Aku amat berbangga kerana aku dihargai. Buktinya aku masih digunakan walau diriku ini sudah tidak seefektif ketika aku baru dibeli dulu.
Pagi tadi jam 5.00 pagi setelah penat menekan2 punat di badanku, tuanku berkata "ko tinggal sebentar ya!! aku mahu pergi bersahur sebentar. Jangan kau menanges ya keyboard." Tuanku pun keluar dari bilik untuk bersahur bersama-sama rakannya setelah mereka berjanji melalui alat eletronik yang boleh berhubung bernama telefon bimbit. Tentu semua sudah tahu apakah alat itu.
Tuan aku keluar bersama rakan-rakannya yang bernama incik Ja a, incik Kamal, cik Fatiya,cik Farah dan cik Farida(Umi). Dengan berbekalkan Jaket tebal dan seluar jeans(kerana semua jin dikurung, boleh la tuan aku bergaya dengan seluar jeans) untuk menghilangkan rasa sejuk, tuan aku pun keluar berjumpa dengan rakannya di pintu pagar RST seperti lazimnya.
Restoran Khaleel
Mereka pun terus menuju ke destinasi yang dituju iaitu Restoran Khaleel. kenapa ya mereka pilih restoran mamak 2? tanyalah mereka sendiri. Setelah sampai mereka pun mencari tempat yang kosong. Dengan gaya bersahaja mereka telah meng'order' mee goreng basah dan teh o panas untuk bersahur. Sungguh enak rasanya ketika makanan sampai dan masih berasap dan sedia untuk dimakan.
teh o panas
mee goreng basah
Mereka pun berborak sungguh galak seperti sudah lama tidak berjumpa. Padahal baru seminggu mereka bercuti dan tidak berjumpa. Sungguh gumbira meraka berjumpa kembali dan bercerita kisah2 menarik yang ingin mereka khabarkan.
Setelah jam menunjukkan hampir 5.30 minit pagi, mereka pun membuat keputusan untuk pulang sahaja ke bilik masing2. Setelah sampai di bilik, tuanku kembali mencuci mulut dengan memakan kurma yang dibawa dari kampung halaman hasil bekalan si ibu.
Buah kurma dari rumah!!
Sambil mengunyah si kurma, tuanku kembali menekan2 badanku untuk bercahtting pula dengan kakaknya, cik Odah. Sambil bergurau bersamanya, dia pun menge'cek' la apa yang patut di laptop beliau. Selepas dimarahi oleh kakaknya kerana disuruh bersolat, tuan aku pun terus sahaja bersolat dan berehat untuk melelapkan mata sebentar di atas katilnya.
Pabila tersedar jam menunjukkan jam 8.30 pagi. "Ah!!! sungguh malas untuk kekelas" kata2nya pabila tersedar(bukan senang dia nak ponteng kelas Dr. Azhar). Dia pun mengambil keputusan untuk tidak kekelas kerana masalah badan yang agak tidak berdaya ini.
Setelah itu dia pun kembali tidur dan terjaga kembali pada jam 11 pagi. Dia pun terus membuat apa yang patut. Lena sungguh dia tidur kerana hari hujan yang amat sejuk sampai ke petang. Tuan aku terus sahaja seharian duduk di dalam bilik kerana sungguh selesa ketika hujan dan amat sejuk. Sekarang ini dia kembali menekan2 badanku untuk menaip entri ini.
*kenapa aku tulis entri macam ni?sebenrnya aku teringat tentang karangan 'aku sebatang pen' dan 'aku sepasang c***' oleh ja a dan akmal ketika mereka berada di darjah 6 dahulu.