Monday, January 18, 2010

Bosan Atau Menarik???


Petang tadi aku bosan, tapi aku teringat aku belum 1 bende lagi!!!

Aku nak p copy kertas semgrad!!!

So aku pun terus la p kedai dengan membawa Sally sekali sebab nak terus p bejalan.

Kat bawah ni antara tempat yang aku p dan sempat snap, sebenarnya banyak lagi gambar cume macam biasa la...kalo dah tenet pun lembap, sape nak upload byk2!!!

Nikmatilah gambar yang tak cantik ni!!!



Gambar rumput ni kat pantai kiri Queensbay(Dah cantik tempat ni sekarang)





Ni plak kayu yang hampir reput kat tepi pantai tersebut!!


Ni dier perkampungan nelayan di sebelah polis marin dan juga jambatan pulau pinang(Tak nampak tu jambatan sebagai background).



Ni la jambatan pulau pinang dari jarak agak dekat tapi masih agak jauh sebenarnya!!!


Kalau nak tau ni la lampu jalan di jambatan pulau pinang. Aku snap dari bawah jambatan!!






Nampak tak papan tanda tu???tulisan tu menunjukkan kearah USM(ini bermakna amat dekat dari jambatan ke USM).




Ni la keadaan dibawah jambatan yang sempat aku snap tadi!!


Menara berkembar yang sama seperti KLCC tapi tidak ada muncung yang tajam diatasnya


Sebenarnya nak snap gambar chaya matahari...tapi tak berapa nampak la plak!!

Adakah aku gumbira!!!

Hari ni aku agak gembira!!!

aku pun tak tau nak gambarkan macamana!!!

Selama ni aku banyak berfikir tentang final prject aku!!!

Tapi tengahari tadi aku dapat berita gumbira dari partner aku(akmal la sape lagi)

alat yang aku tunggu lame untuk berfungsi dengan baik telah kembali normal dan telah sihat untuk beraksi semula!!

Aku terlalu gembira kerana apa yang aku fikirkan untuk FYP aku bertambah ringan dari sehari ke sehari!!!

Terima kasih kepada Allah kerana meringankan beban kami. Tak lupa juga kepada En. Yahya yang banyak sangat membantu. Kredit juga kepada brother kedai eletronik dekat bayan baru yang banyak memberi tunjuk ajar!!!

Terima kasih kepada semua yang tidak disebut namanya.........


Selepas ni korang akan jumpa akku dilab je la 24 jam. Kalo ader jumpe aku kat lab school physics malam2 tu jangan lari pulak. Itu aku sebenarnya!!!

Kembali ke zaman perang!!!


Aku telah kembali ke zaman perang untuk melihat sendiri apa yang mereka lalui pada zaman itu!!!

Tapi aku bukan kesana mengguna pintu suka hati doraemon atau mesin masa atau melalui cerita back to the future.

Aku kesana just melawat ke muzium perang yang berasal dari kubu perang yang sebenar!!

Tapi memang seronok la aku kesana.
Tak sia-sia aku membayar rm12.00(student price) untuk kesana.

aku dapat merasai bagaimana hidup dizaman tersebut. macamana mereka menyesuaikan diri mereka ketika perang.

Kat bawah ni aku letak cuma 8 keping gambar dari 300keping yang aku amik(malas nak upload).

So, nikmati lah gambar yang sedikit ini!!

Muzium ini terletak di batu maung penang. Sesiapa yang mahu pergi diharap tabah dan kuat semangat kerana ini adalah tempat asal peperangan yang masih dipelihara dan dipulihara.

Saksikan gambar yang sedikit ini ea!!

Ini gambar member aku(akmal) sedang mencuba untuk menembak pesawat tempur menggunakan anti-aircraft weapon.




Ini pulak gambar 'meriam gergasi' yang digunakan untuk pertahanan dari serangan musuh dari darat dan laut.berat 1 peluru memang tidak dapat diangkat oleh seorang juara emas angkat berat di sukan olimpik(101 tan).


Dia ni memang model aku la!!! ha ni pulak 'giant weapon' yang memang besar didalam tunnel penyimpanan peluru dan senjata.






Ini pulak dorm yang dibuat selepas perang dunia ke-2 untuk mangsa rogol oleh Jepun.


Yang ini memang menarik, peluru meriam yang tidak tahu masih bernyawa atau tidak.


Ini pulak terowong yang agak gelap untuk cepat melarikan diri. Dan ia jauh dibawah tanah.


Inilah peluru yang seberat 101tan tadi. tengoklah besar dia pun dah cam besar orang. Peluru ini dipanggil 'giant battery'.



Gambar ini memang gelap. Tapi cube tengok betul-betul pada bende putih yang ada kat situ(kalu tak nampak klik gambar ini untuk melihat pada size yang besar).




Tamat lah sudah perjalanan ke muzium perang pada hari sabtu bersamaan 16.01.2010.

Sesiapa yang mahu pergi kesana boleh lah menaiki bas dari jeti terus ke muzium perang dengan bas no. 302 rapid penang.

Tapi ingat tempat ini agak keras kerana disinilah tempat penyiksaan dan pembunuhan pada zaman jepun dahulu. Anda dinasihatkan supaya tidak melakukan perkara yang tidak elok disana.

Sekian Terima Kasih.

*kredit to akmal kerana menjadi model gambar ini!!
*juga terima kasih kepada semua ahli rombongan pada waktu tiu
*jangan marah aku kerana bahasa aku agak teruk dalam entri ini!!!

Blog Widget by LinkWithin