Tuesday, January 12, 2010

kronologi 11.01.2010


Bermula pada petang itu jam 2.30 pm. Aku pergi kekelas menaiki kereta seorang member kerana motor aku dipinjam oleh member lain!!!

Sampai dikelas aku pun belajar seperti biasa.

Sehabis kelas jam 4.00pm, aku berbual sebentar bersama rakan2 tentang kerja yang akan dihantar pada malam ini!!

Seperti semua orang ada isi sendiri tentang perdebatan tersebut mengenai apa sebenarnya jawapan bagi kerja tersebut!!

Selepas itu aku pun pulang berjalan kaki kerana member yang membawa kereta itu ada hal lain yang aku xperlu ikut.

Lama jugak aku tak berjalan camni.

Sampai di simpang Fajar aku terfikir sesuatu yang menarik. Kebetulan dalam beg aku ada kameraku.

Dan aku terus menuju ke tempat yang dimaksudkan pada jam lebih kurang 4.40pm.

Kemana aku pergi???

Silalah lihat pada gambar2 dibawah ye!!

ape biawak ni tengah buat???

Ni pu sama!!ishhh musykil aku!!

Dah tengok semua gambar2 itu???

Sebenarnya itu secara kebetulan sahaja. Niat aku bukan nak amik gambar ni, tapi aku nak amik pemandangan di tasik.

Lain yang aku cari, tapi lain yang aku dapat. Lumrah hidup didunia la ni.

Selepas penat aku pun pulan kedesaku dengan berjalan kaki. Aku lalu didepan stadium, Fuh!!!habis pagar keliling padang nak tutup kawasan.

Sebabnya malam tersebut ada perlawanan antara pos malaysia vs USM. dan berkesudahan USM menang 1-0. maju sudah ye!!

Sekarang nak tengok bola kat USM pun kene bayar tiket.


*sebenarnya mintak maaf pada yang berkenaan jika gambar yang dimaksudkan menyinggung perasaan!!
*jangan marah, dah delete dah semua!!

Blog Widget by LinkWithin