Thursday, September 3, 2009

Misi Mencari Idea Baru Final Year Project!!


Inilah pen. pegawai sains baru setelah dipecat dari FYP yang lama, hahaha!!!
inilah alat yang kami sepatutnya guna sebelum membuat eksperimen laser, tetapi terpaksa dilupakan!!!


Ini adalah misi untuk aku mencari tajuk projek tahun akhir aku yang baru setelah ada masalah!!!

Gambar pertama diatas adalah model utamaku iaitu akmal!!!
cerita nya begini...
Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi
kami pun pergi ke makmal untuk berjumpa dengan Prof Madya Dr Mohamad Suhaimi Jaafar selaku our supervisor.
setelah berjumpa kami diberitahu yang projek kami iaitu CO2 laser terpaksa dibatalkan oleh sebab pelajar PhD yang telah membawa lari alat kami ke klinik mana ntah(dengan muka bengang!!!)
Inilah bio-aura(kononnya,hahaha!!!nano particle xpernah siap kaji lagi, bio-aura penipu)


inilah juga penapis yang sama digunakan dalam bio-aura


Aku pun berfikir dengan pelbagai bahan yang ada di dalam makmal tersebut untuk berfikir apa yang aku boleh buat dalam FYP aku(tensennya!!!).

mungkin alat bio-aura diatas dapat dibuat ???

Mungkin juga alat dibawah ini???

Aku pun xtw apa nama alat ni, tapi apa yang aku pernah diberitahu, alat ni adalah alat untuk membuat 'film batch' yang kesan radiasi tu...setakat itu sahaja pengetahuan aku tentang alat itu ya kawan2
alat dipromosikan oleh tangan modelku!!

tangan bergerak dalam vacum!!


Penat berfikir, kami bermain sebentar dengan alat ini untuk menunjukkan ketidakmatangan
kami apabila sedang tensen.



Jam menunjukkan hampir pukul 2.00ptg, kami pun kembali

Inilah gaya2 yang terpamer untuk memerah otak mencari tajuk baru FYP kami.





Dalam sibuk berfikir, sempat lagi modelku tersenyum dihadapan kamera ya!!!

Dan akhirnya kami pun pulang dan kembali lagi pada keesokan harinya untuk mengetahui samada tajuk kami diterima atau tidak.


apa tajuk kami ya???
tunggu sebentar.

















Inilah Tajuk Final Year project kami yang baru!!!


Assassment of Radon-222(Ra-222) emmanation from selected soil sample.

this is te equipment for my experiment(profesional Radon monitor)

dan gambar tangan vacuum tadi adalah perspex yang kami akan gunakan hasil kerjasama dengan pak Arab PhD yang baik hati meminjamkan alat beliau

Thanks Ahmad!!!

KD Tunku Abdul Rahman Lagi!!!


Akhirnya MAlaysia maju setapak lagi. Semoga dengan teknologi yang sedia ada, negara ini akan terus mempertingkatkan kualiti keselamatan sedia ada.



*sumber daripada berita harian online

KD Tunku Abdul Rahman


Gambar-gambar Kd Tunku Abdul Rahman yang akan tiba di Malaysia hari ini dari Perancis tempat ia dibina.




KUALA LUMPUR: Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman dijadualkan tiba dari Coachin, India di Pulau Indah, Pelabuhan Klang kira-kira jam 8 pagi esok.

Ketibaan kapal selam jenis Scorpene yang dibina menggunakan teknologi Perancis dan Sepanyol itu akan disambut Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Selangor, Sultan Sharuddin Idris Shah.

Ia akan turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Aziz Jaafar.

Majlis pentauliahan kapal selam itu berlangsung pada 24 Januari lalu di Pangkalan Tentera Laut Perancis di Toulon dan dinamakan sempena Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Pembinaan KD Tunku Abdul Rahman dilancarkan di Cherbourg, Perancis pada Oktober 2007 melalui pelbagai siri ujian, termasuk kemampuannya melaksanakan pelbagai misi sukar seperti serangan atau pengumpulan maklumat sebelum ditauliahkan.

Dilengkapi pelbagai teknologi persenjataan dan komunikasi terkini, KD Tunku Abdul Rahman bakal ditempatkan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu yang dibangunkan sejak Februari 2007 membabitkan kos RM420 juta.

Kapal selam kedua negara, KD Tun Abdul Razak, sempena nama Perdana Menteri kedua dijadualkan tiba Oktober ini dan akan ditempatkan di pangkalan sama.

Malaysia adalah negara ketiga di Asia Tenggara memiliki kapal selam selepas Indonesia dan Singapura, sekali gus menjadikan TLDM antara ketumbukan tentera laut disegani di rantau ini.


*sumber dari berita harian online


Blog Widget by LinkWithin