Sunday, August 23, 2009

Berhijrah!!


Ini Bas!!

Hari ni adalah hari ke-2 umat Islam berpuasa. Hari ni juga aku akan kembali meninggalkan keluargaku untuk pulang ke tempatku menuntut ilmu. Baru aku nak seronok berpuasa bersama keluarga, tetapi kekangan masa yang menyebabkan aku terpaksa berjauhan semula.

Aku kembali ke Penang semula dengan menaiki bas. Bas apa?itu aku tak tahu. Yang aku tahu aku cuma mahu sampai tepat pada masa dan selesa duduk di kerusi bas yang empuk itu. Empuk ke??? aku pun tak tahu. Tunggu sahaja jam 10 pagi ni untuk ketahui jawapannya.

Tike bas dah lama dibeli. Tapi ia dibeli oleh rakanku yang duduk berdekatan dengan stesen bas iaitu Kamaruzzaman. Petang ni, aku kembali semula berbuka bersama rakan-rakan seperti tahun-tahun lepas.

Aku berharap perjalananku pada pagi ni akan diberkati dan selamat sampai ke destinasi yang ditujui.
inilah destinasiku!!


*selamt berpuasa pada hari ke-2 semua.

Blog Widget by LinkWithin