Hari ini, genap seminggu kita berpuasa. Semoga semua orang masih berada di dalam landasan yang betul untuk meneruskan perjuangan di bulan yang mulia ini.
Kat penang dah 2 hari hujan turun tanpa henti. Baru sekarang aku nampak hujan telah kehabisan airnya untuk diturunkan kepada sang bumi untuk berbakti.Walupun hujan, aktiviti ku tetap berjalan dengan lancar(apa sangat la aktiviti aku selain pergi dan balik dari kelas!!). Tetapi petang tadi aku telah berjalan.
Aku telah ke kompleks bukit jambul untuk ke kedai yang telah dicadangkan untuk melihat idamanku!!! Memang menarik, dia menjual barang tersebut dengan harga yang sangat orang kehendaki. Aku kagum ,tetapi sekarang ni aku masih tidak mencukupi wang untuk membelinya. Tunggu ya untuk aku memilikinya satu hari nanti.
Hari ini aku telah memiliki 2 orang lagi follower yaitu cik milah dan cik rockprincess. Terima kasih kerana mengikuti. Sebenarnya tak tahu pun siapakah gerangan cik rockprincess ni. Tapi boleh saja nak mengenalinya.
Sila tegur ya jika ada kesalahan. Terima kasih kerana mengikuti.
0 TuSuKan:
Post a Comment