Oh Sohail A. Khan,
Kau telah menyelamatkan daku,
Walau ku rasa dunia ini akan tamat dengan kertasmu itu,
Aku sungguh bertuah mendapat guru sepertimu,
Aku sungguh gembira dengan keputusan yang kau berikan padaku itu,
Aku rasa seperti mahu terbang diudara pabila ku mengetahui jawapan kertasmu itu.
Oh Sohail A. Khan,
Sungguh ku terharu dengan kebaikan hatimu itu,
Sungguh Aku tidak sangka kau akan menjadi sebaik itu,
Walau ku tidak mengetahui jawapan penuh,
Tapi ia memadai untuk ku tahu bahawa aku lulus kertasmu itu.
Oh Prof. Madya Sohail A. Khan,
Terima kasih tidak terhingga ku ucapkan kepadamu,
Kalau boleh akan kuberikan dunia ini kepadamu,
Untuk mengucapkan tanda terima kasihku padamu,
Ribuan terima kasih sekali lagi kuucapkan kepadamu.
Malam ini akan ku tidur dengan lena,
Setelah kudapat jawapan,
bahawa aku lulus kertas Sohail A. Khan,
Kertas Fizik Keadaan Pepejal.
Sila baca dengan irama penyair seperti di tv ea!!!!!
Aku tulis benda alah diatas setelah aku dapat jawapan tidak lengkap bahawa aku lulus kertas fizik keadaan pepejal dari Prof. Madya Sohail A. Khan.
Aku memang tak sangka aku akan lulus.
Terima kasihsekali lagi kepada semua yang membantu untuk aku lulus kertas ini.
Wei!!!!!!!!!!!!aku lulus dah r kertas fizik keadaan pepejal(solid state physics)dengan muka sangat gumbira!!!
10 TuSuKan:
aku tolong ko x?
hoheh? tahniah2. maari raikan dgn daun saderi!
sopi>>ko tlg aku yg paper lagi 1, tp lulus gak r...thanks tau...
odah>>daun saderi xder kat bilik aku...nasi lemak ngan sambal nasi ader la!!!!
laksamana, daun saderi pon jadila..
tapi xder daun saderi...cmne nak raikan???
milah hasa like this! cap jempol~ hehehr
silap taip lak nme sendiri..adesss
tesco2
c0ngrate ;p
milah>>ni duk berangan je ke????
neko>>ko nak p tesco p je la!!!!
syue>>welcome!!
Post a Comment