Hari ni hari pertama bekerja setelah beberapa lama tidak merasa..
Fuh!!!agak penat r gak.
Tapi aku hari ni seronok sebab aku p tempat menarik untuk mengambil gambar sebelum p kerja tadi
Gambar kat bawah ni adalah pemandangan menarik tersebut
Lokasi: bumbung bangunan pusat pengajian sains fizik
masa: sekitar 3.00-5.00 ptg
Yang kat atas ni sebenarnya gambar projek hazu ngan safwan.
Aku cuma tolong menyibuk je kat situ sebab seronok
Yang ni plak gambar canselori USM dengan foreground Perpustakaan Hamzah Sendut yang sedang dibina untuk dinaik taraf.
Yang ini plak gambar puncak international house.
Gambar ni aku suka sebab ader bangunan dan dihiasai oleh awan yang banyak diatas.
Yang ni lagi 1 gambar menarik. Sebenarnya aku nak amik gambar bangunan Kompleks RST, tapi gadjet aku tak mencukupi lak nak mengambilnya. Yang tinggi tu bangunan belakang Desa IK. Kompleks RST yang kecik tu je.
Yang ni plak gambar taman mini fizik dari atas bumbung. Seumur hidup aku, aku tak pernah sampai lagi kat taman ni. Tapi nampak cantik taman ni kan???hijau je..
Itulah antara pemandangan menarik yang berjaya aku ambil petang tadi selepas jumpa supervisor FYP aku.
Dan untuk pengetahuan korang gak, supervisor aku bagitau, diorang baru je balik dari bengkel.
Sesapa yang tak mula lagi FYP mula dari sem depan, mereka terpaksa menggugurkan subjek tersebut dan terpaksa extend setahun. Fuh sia-sia blaja camtu.
Petang selepas balik dari skul aku pun terus bersiap dan p la kerja pada hari pertama aku.
Ni plak pemandangan gambar bangunan yang begitu banyak di Penang.
Tertinggal la plak gambar 2 kat atas ni. so aku tambah je la.
*sebenarnya aku tak nampak apa yang aku amik tadi(terik sangat la!!)
*menaip entri ketika penat balik kerja(kalo ada salah pape tolong jangan marah ya)
*satu lagi,gambar ni tade la nak edit2 ye(aku penat la balik kerja)
2 TuSuKan:
huish!! menarik betul pemandangan kat atas tu!!
naik ikot mane?
btw, mcmne hari pertama berkerja? keje ape ko buat?
haha...jom la ikut naek atas 2 kalo nak....azu ader kat situ hari2...
keje best...aku bakar satay la...
Post a Comment