Tuesday, October 27, 2009

Ucapan birthday lagi~~~

Harini kitorang hepi sebab sambut birthday member tepat jam 12 tadi

8.00mlm: bersiap keluar makan bersama birthday boy

9.00mlm: molok dan fatiya pergi ke secret resipi untuk membeli kek kepada si mangsa.

12.00mlm: si mangsa berada di bilik eddy untuk tunggu masa di balun(sambil menonton tv show hasil donlod)

12.01pg: si mangsa sedar kehadiran ramai orang di bilik tersebut seperti mahu pukul orang. Dan yang terjadi memang betul simangsa dipukul dengan bantal beramai2.

12.15pg: pergi ke bilik molok untuk meratap kek sambil bergelak ketawa dan menyanyi happy birthday kepada si mangsa(kek aiskrim kot).

1.00pg: soklan rahisa dikemukankan kepada simangsa dengan jwaapan yang jujur diberikan(nak tahu ke???cari lah halim...die ader rakaman tersebut.).

Nak tahu ke sapa simangsa yang jatuh hari lahirnya pada hari ini???

Beliau ialah Azharul Ariff Bin Kamarulzaman

Tak lupa juga ingin mengucapkan hari lahir pada hari yang sama kepada si perempuan pada hari yang sama juga. Beliau ialah Farahida binti Zulkifli.

Semoga kalian berdua semakin matang menempuh ranjau hidup yg berliku ini. Jangan lupa juga daftar mengundi ya(aku sendiri pun tak daftar lagi).

Selamat hari lahir kepada mereka dan bahagia dunia akhirat!!!

Saturday, October 24, 2009

Pagi Yang Sejuk!!!

Masih terasa kenyang sampai sekarang. Sebenarnya pagi tadi aku pergi bersarapan di taman tun sardon bersama 4 lagi rakan lain yaitu jaa, molok, farah dan fatiya.

Sampai je aku terus mencari sandwich ketam seperti yang ditulis dalam blog incik sopi yang agak sedap dikatakan.

Tapi itu hanya pembuka selera sahaja, aku mahu makan yang kenyang sebenarnya, so aku pun mencari la makanan yang sedap.

Setalah pusing habis dari hujung sampai hujung aku pun membeli nasi lemak simple di gerai makcik hujung(nasi lemak feveret aku sebenarnya).

Makanan pun dah cukup, tinggal air sahaja. Baru ku sedar aku dah lama tak minum ai k=milo panas. Aku pun tanpa segan dan silu dan membuang lebih banyak masa aku membeli secawan milo panas.

Urghhhhh.....begitulah selepas aku menghabiskan makanan yang lazat tadi. Sapa2 yang nak p sana lepas ni leh roger aku(tu pun kalo aku kat penang la).

Dah abes kami pun balik la, nak tunggu lagi buat pe.

Balik je aku terus la ke foyer dk untuk mendapatkan wifi yang superb itu. Sampai la sekarang aku masih disini!!!

*maaf tiada gambar disana kerana terlalu khusyuk dengan makanan yang lazat.

Thursday, October 22, 2009

Si cacat dan si kaya!!

Manusia dewasa ini semakin 'kabur' matanya dalam mengenal Penciptanya. Manusia kian alpa dalam sogokan kemewahan serta hiburan di dunia ini. Oleh itu, terpanggil rasanya diri yang hina ini untuk bertindak sebagai 'kaca mata' kepada pencipta Islam sekalian agar kita dapat melihat dengan lebih jelas tentang keindahan Deen'ul Jannah kembali.Kanta bagi kaca mata ini adalah berbentuk sebuah tamsilan.

Tamsilan dimulakan dengan kisah seorang lelaki yang cacat sejak dari lahirnya. Dia tiada tangan dan kaki. Ibu bapanya meninggal dunia ketika dia masih kecil. Lantaran kemiskinan hidup, dia menjadi pengemis di lorong kaki lima. Dengan hasil sedekahnya itu, dia makan dan minum sekadar cuma. Sehinggalah pada suatu petang yang mendamaikan. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan tubuh Si Cacat yang kelesuan. Gelas sedekahnya setia di depannya.


Tiba-tiba sebuah kereta BMW mewah berhenti di hadapan Si Cacat. Turun seorang lelaki yang segak dari tempat duduk belakang kemudian mara menghampirinya. "Mari ikut aku," ujar Si Kaya. "Pergi ke mana?" tanya Si Cacat. "Menemui kebahagianmu," jawab Si Kaya lantas membawa Si Cacat ke sebuah banglo yang sangat mewah persis sebuah istana. Si Kaya memanggil semua doktor-doktor pakar untuk membantu Si Cacat agar dapat hidup seperti manusia normal.

Dengan teknologi yang semakin canggih, Si Cacat mendapat sepasang tangan dan sepasang kaki elektronik yang dapat berfungsi seperti anggota yang asli. Tidak cukup dengan itu, Si Kaya memberi kepercayaan kepada Si Cacat untuk memegang salah sebuah syarikatnya. Semenjak itu Si Cacat telah bertukar menjadi Si Bertuah. Dia mengurus syarikat yang diberikan kepadanya dengan bersungguh-sungguh. Hasil ketekunan dalam pekerjaannya, Si Kaya telah setuju untuk mengahwinkan Si Bertuah dengan puterinya yang sangat cantik rupa parasnya dan sangat baik budi pekertinya.

Si Bertuah berasa sangat berterima kasih kepada pemberian Si Kaya. Sebagai membalas jasa Si Kaya, Si Bertuah selalu menceritakan kebaikan Si Kaya kepada kawan-kawannya agar ramai yang ingin mendekati Si Kaya. Si Kaya mendapat tahu bahawa dirinya selalu menjadi pujian orang ramai atas cerita yang disampaikan oleh Si Bertuah. Lantas dia memberikan lebih banyak hadiah kepada Si Bertuah. Selain itu, Si Bertuah tidak pernah lupa menghubungi Si Kaya. Kepada Si Kayalah dia meminta bantuan dan kepada Si Kayalah dia mengadu masalah. Sehinggakan jika ditelefon, Si Bertuah cepat-cepat saja menjawab panggilan Si Kaya kerana sayangnya yang teramat kepada Si Kaya.

MAKSUD TAMSILAN KISAH SI CACAT

Si Cacat dalam cerita di atas merujuk kepada kita sebagai umat manusia. Asalnya kita semua tidak memiliki keupayaan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tetapi, pemurahnya ALLAH SWT telah memberikan kita nikmat agar kita mudah mengerjakan perbuatan. Tangan dan kaki elektronik inilah yang merujuk kepada nikmat pemberian ALLAH SWT. Lantas ALLAH SWT menyuruh kita melaksanakan perintah-NYA dan memberi kita amanah untuk beramal ibadat kepada kita, itulah tamsilan bagi pekerjaan Si Bertuah.

Syarikat di atas pula merujuk kepada pahala kita. Semakin tekun kita beribadat maka semakin banyaklah keuntungan pahala kita. Oleh kerana ketekunan kita, ALLAH SWT menambahkan kebahagian kepada kita agar kita gembira. Sudah semestinya kita akanmenceritakan kebaikan dari Maha Pemberi nikmat terhadap orang ramai; yakni kita berdakwah agar lebih ramai yang menyanyangi dan mengikuti agama ALLAH SWT. Tatkala mengetahui kita selalu memuji-muji diri-NYA, makin banyaklah nikmat-nikmat kebaikan yang kita perolehi.

Lantas, kita pun pasti akan cepat-cepat menjawab panggilan ALLAH SWT yakni kita yang senantiasa dibantu ALLAH sudah tentu akan tidak berlambat-lambat mengerjakan ibadat solat selepas seruan azan dilaungkan. Apa yang dapat kita simpulkan di sini, kita sebagai hamba ALLAH yang hina-dina ini sepatutnya sentiasa mensyukuri nikmat yang diberikan ALLAH SWT. Jangan pernah berlaku sombong kepada-NYA dan sentiasalah berdakwah yakni menyeru umat manusia mentaati ALLAH dan menjauhi larangan-NYA.

Sahutlah panggilan ALLAH yang menyuruh kita mengerjakan solat dan dirikanlah ia di awal waktu agar limpah kurnia serta taufiq dan hidayahnya terus-menerus dilimpahkan kepada kita. Firman ALLAH SWT dalam surah Al-Ma'idah dari ayat 9-11 yang mafhumnya:

'Dan ALLAH telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, untuk mereka itu keampunan dan pahala yang besar.Dan orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat KAMI, mereka itu penghuni neraka.Wahai orang-orang yang beriman, ingatlah akan nikmat ALLAH kepadamu, ketika satu kaum bercita-cita hendak menyerangmu (membunuhmu), lalu ALLAH menahan tangan mereka daripadamu dan takutlah kepada ALLAH. Dan kepada ALLAH hendaklah bertawakal orang-orang yang beriman.'

*dipetik dari laman web iluvislam dari nukilan lailatulema

Agenda harini

Hari ni aku bosan. Bangun je dari tidur, aku terus bersiap untuk ke foyer DK. Hasrat hati mahu melayan perasaan dengan kelajuan internet yang agak superb.


Tapi aku buat keje bodoh sikit la, ntah apa yang aku ingat, aku pun tak tau. Aku bawak laptop aku kesana bersama dengan gadjet laptop tu la(macam la banyak sangat). Tapi aku lupa bawak gadjet paling penting. Aku lupa bawak bateri da. Aku terfikir masa tu, bodohnya aku, bende lain aku bawak, bateri aku tak bawak(umpama kau mahu berjalan dengan kereta, kunci kau bawak, tapi seluar kau tak pakai lagi).

Aku pun berpatah balik bukan patah riuk ye.

Disana aku mahu berjumpa siti sebenarnya siti khairani ye bukan siti khairiah(bak kata odah dan orang ni pun orang yang sama). Hasrat berjumpa bukan berdating ye tapi mahu bermeeting je. Eh2 bukan itu sebenarnya, aku sekadar hanya mahu menyerahkan fail yang diminta dariku sahaja.

Tup tap, kami pun selesai kerja dan tetibe sahaja Odah mesej aku untuk meminta installer photoshop. Nasib baik aku membawanya dan aku pun terus meunggu disitu bersama rakan2 siti.

Borak punya borak dengan komen2 dan sempat juga berkenalan, odah pun hampir sampai. Yang aku tak leh terima, kawan2 siti ingat aku ni budak 1st year. Muda sangat ke aku ni????

Tak kesah la apa pun, odah sampai aku pun dah lapar, dengan tak sengaja dia dan rasis ajak makan kat cg lak. Aku pun terus setuju je.

Makan punye makan dan kenyang aku pun balik. Sampai je kat bilik aku pun terus main game warcraft sampai la petang.

Lupa nak cerita, semalam akmal tak habis2 puji aku, aku pun tak tau kenapa. Menurut beliau sebab aku dipuji dalam kelas. dan itu sebenarnya adalah hasil keje dia juga, bukan aku sorang.

*sebenarnya aku ni sedang bosan sampai entri ini wujud.

Wednesday, October 21, 2009

Nasihat ringkas!!

Azan isyak berkumandang lagi. Menandakan masih ada umat Islam yang mematuhi ajaran Allah yang Esa.

Aku bersyukur kerana masih ramai yang mengamalkan ajaran Islam dengan betul dan sekaligus boleh membantuku kejalan yang benar.

Kepada semua yang mengenaliku, bimbing lah aku kejalan yang benar.

Selamat menunaikan solat isyak kepada seluruh umat Islam di Malaysia.


*Jangan tinggal solat tau!!!
**Nasihat kepada semua dan juga diriku sendiri!!!

Liku-liku Jalan Raya


Orang kata kejarlah pada benda yang pasti untuk kita mendapatkan hidup yang indah.

Orang kata hidup akan indah jika kita memiliki segala yang kita mahu.

Orang kata hidup ini memang indah jika kita betul-betul menikmatinya dengan cara semua orang menikmatinya.

sekadar hiasan!!

Tapi salah ke kita jika kita mencari indahnya kehidupan dengan mengharap pada jalan yang kita sendiri tak pasti???

Tapi salah ke kita jika kita membanting tulang empat kerat untuk memiliki segala yang kita mahu untuk mencari keindahan hidup???

Tapi salah ke kita jika mahu keindahan hidup dengan cara yang berlainan dari orang lain lakukan???

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...



LELAKI :
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah
baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.Lelaki
berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum
baligh.

BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas
ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka
dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan
tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat
baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung
oleh suaminya.
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami
bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan
isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang
bergelar suami perlu tanggung
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya
seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa
orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat
kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut
kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada
keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki
kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-
kiranya.

WANITA :
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta
izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak
sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka
kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan
melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu
taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan
isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas
yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta
disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan
permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya
dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki
wajib taat kepada ibunya 3 kali
lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu
menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada
suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya
untuk menyara isteri dan anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,
tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan
seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana
melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa
kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk
an
terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan
saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab
terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya,
anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana
pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang
5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga
kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi
wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya
kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi
berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH..
.sayangnya ALLAH pada wanita
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di
sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya
adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat
kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan
HARGAILAH wanita sebaik-baiknya.
..supaya kelak masing2 lelaki dan
wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah
kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika
kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya,
sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya.(Ali-
Imran:103).
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala
yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan
manusia,itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

*kredit kepada Khairul Asyraf(hamidian)

Petanda Jodoh Anda!!!

ermmm,dipetik dari BDN..macam menarik je..

Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan? Petanda 1
Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau
besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon
pendamping hidup kamu!

Petanda 2
Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu!

Petanda 3
Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu...

Petanda 4
Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat.

Petanda 5
Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut
mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya...

Petanda 6
Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bisa berarti dia sudah siap menerima kamu apa adanya..

Petanda 7
Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama!

Petanda 8
Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan!

Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya
teman,ku harap dikau tak mjadikan aku sbg psinggahan buatmu buat seketika.aku impikan psinggahanmu adalah buat selama2nya utk diriku.mengertilah



*artikel ini bukanlah untuk dimain2kan. Ingatlah jodoh dan maut berada ditangan Allah
**kredit kepada sepupuku nur ain kerana berkongsi artikel ini melalui emel....

Kehidupan yang bosan!!!

Entri ni memang bosan, kalo tanak bace jangan bace!!!


Pagi jam 5.38 am aku berada di hadapan laptop(mestilah aku dah bangun). Malam tadi bilikku senyap agak awal kerana semua dalam keadaan stress yang agak tinggi.

Aku berada dalam mood yang tidak stabil beberapa hari ini, kerana keadaan broadband yang agak bangang dan lembap(aku bayar mahal la!!!). kehidupan harianku semalam memang tidak begitu seronok. Hanya sekadar seperti insan biasa sahaja.

Aku bangun pagi solat subuh dan merenung internet selama lebih kurang sejam juga semalam. Apa yang aku belek pun aku tak tau.

Jam 8.45am aku telah disuruh untuk pergi ke airport untuk membuat kerja yang ntah pape ntah, nak tau klik disini la!!!.

Aku disuruh mencari 10 orang sebenarnya, tapi semua orang taknak p sana. Aku pun malas mahu memaksa. Lastly, Farah setuju ikut aku bersama beberapa member kimia mereka yang aku hanya kenal beberapa orang sahaja.

Oh malang sungguh nasibku, nasib baik papa bear tiada masa itu.

Malang nasibku bertambah dengan bengang dengan mamat yang tak sedar diri ni, dah la memang takda pape,menyibuk je lebih. Pegawai pun tak cakap pape kat aku. Dengan muka bengang, aku dan hanafi pun buat tak tau sahaja dengan beliau.

Dan kebengangan aku terubat apabila dipelawa makan sendiri oleh bos besar(sapa lagi prof omar la!!!tnc hepp). Mamat poyo tu terdiam je. Hahahahaha, aku suka!!!

Balik aku membuang masa dengan rumet aku melihat dan memberi komen dengan montaj beliau.

Jam 12.00pm, aku ngantok dan tidur sehingga petang(Takde keje sampai tido je keje aku!!!). Bangun pun apa lagi la, perut dan bergendang. Solat dan turun cafe untuk makan la!!!

Petang lak aku main bola la lepas asar. Tapi main bola petang tu memang tak best sebab macam orang yang nak kejar pencuri je. Dah la ramai nak mampus. Kalau la main ragbi pun ramai macam tu, memang best kan????

Malam aku p la kelas plak. Kelas Dr Sohail yang tak tau belajar apa!!!!

Malam aku ingat taknak makan, tapi molok lak ajak aku makan, aku pun p la makan dan berjumpa la plak ngan farah ngan fatiyadan jaa!!!

Lepas balik aku terus basuh baju dan tido dan malas mahu melayan internet bengong ni!!!


Tuesday, October 20, 2009

Entri Sebentar(9 Jenis Anak Syaitan)


9 Jenis Anak Syaitan

1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.




*sumber dari fauzynn-koleksi nasihat.


*sebenarnya aku masih tidak tahu membuat entri baru apa lagi!!!

Saturday, October 10, 2009

Malam Ketenangan!!!


Malam ni aku bersiar-siar di padang kawad bersama akmal untuk melihat keindahan panorama malam disitu. Mungkin ramai tidak mengetahui tentang aktiviti itu pada malam ni!!!

Disitu aku melihat lilin dihias dengan bentuk 1 Malaysia yang begitu besar. Aku kagum(jikalah aku mempunyai kamera). Di situ aku jumpa Jaa bersama kamera canggihnya!! Sungguh seronok beliau bersama gadget barunya itu untuk snap gambar2 yang menarik. Aku dan akmal hanya melopong saja kerana kami tiada gadget tersebut. Dan untuk pengetahuan semua, sungguh ramai yang mempunyai gadget yang begitu canggih disitu(aku jeles lagi).

sebenarnya tepat jam 12malam tadi adalah hari yang begitu bermakna untuk seseorang. beliau telah menyambut ulangtahun kelahiran beliau yang ke 20 tepat jam 12 tadi. beliau ini telah kukenal sejak sekolah menegah lagi. perwatakan beliau sunggu menarik sehingga menarik sesiapa sahaja yang melihatnya. Gaya yang sungguh lemah lembut ketika bercakap, juga sikap hormati orang lain yang terlalu tinggi membuat semua orang juga menghormati beliau.

Sikap pemalu beliau juga membuat kan semua orang ingin mendekati beliau. Beliau juga seorang yang agak rapat denganku. beliau yang dimaksudkan ialah HANANI HUSNA BT AHMAD NORBAKRI.
Birthday girl kita pada 10-10-89


Terima kasih kerana sudi berkawan denganku dan menjadi pendengar sejatiku selama ini. Selamat ulangtahun yang ke-20, semoga kamu mencapai apa yang dihajati tidak kira dimana kau berada.

Wednesday, October 7, 2009

Mencari hati!!!

Carilah hatimu ketika membaca Al-Quran.

Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika kau mengerjakan solat.

Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati.

Jika kau tidak temui juga, berdoalah kepada Allah minta hati yang baru.




*majalah solusi melalui seorang kawan.

Monday, October 5, 2009

bengkoknya wanita!!!

aku malas nak buat entri panjang2...so korang klik la kat sini ya!!!

Saturday, October 3, 2009

Rukun Istiqmah!!!


Duit kertas rm10 contoh


Duit kertas rm50 baru contoh


Pagi ni sekali lagi aku bangun awal..aku pun tak tahu kenapa, tapi inilah yang aku alami sejak kebelakangan ini setelah abes puasa.

Hari tu aku masa makan malam@berbuka bagiku, aku ader membincangkan tentang corak2 dalam duit kertas malaysia.

setelah berbincang beberapa ketika tiba- muncul pertanyaan dari salah sorang. "Sapa gerangan orang yang kat dalam duit itu???"(lebih kurang camtu lah bunyinya).

Selepas tu kami pun bincang lah. Ada yang mengatakan itu gambar pm pertama tunku abdul rahman. Ada yang kata itu gambar rekaan menggambarkan itu agong kita. ada plak yang kata itu gambar agung pertama kita.

Setelah berdebat bodoh tentang bende ini, kami pun setuju ianya adalah gambar agong pertama Malaysia iaitu Tuanku Abdul Rahman(Jangan keliru ya!!!ia sama nama dengan perdana menteri pertama kita).

Dan setelah berjumpa dengan encik google, kami pun bertemu dengan jawapan yang tepat iaitu:-

Aku rasa ramai yang belum tahu atau tidak penah ambil tahu pun gambar siapakah yang menghiasi setiap wang kertas Malaysia yang kita gunakan dari dahulu sampailah sekarang... Betul ataupun tidak inilah jawapannya , gambar/potret Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad (24 Ogos 1895 - 1 April 1960) yang menghiasi setiap wang kertas malaysia tidak kiralah RM1, RM2, RM5, RM10, RM20, RM50, RM100, RM500 atau RM1000. Baginda adalah Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang merupakan Yang di-Pertuan Agong yang pertama Malaysia. Baginda memerintah dari 31 Ogos 1957 sehingga kemangkatannya pada 1 April 1960. Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad berkahwin dengan Seri Paduka Baginda Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin (Raja Permaisuri Agong).
*sumber dari:http://my-koleksi.blogspot.com


Potret sebenar Agong pertama.

Tetapi sebenarnya bukan ini yang aku ingin cerita sebenarnya. Tadi semasa aku bersolat jumaat, aku ada terambil satu artikel muhasabah diri. Aku pun terbaca lah tentang istiqamah. Baru ku tahu rupa-rupanya istiqamah pun ada rukun. Terasa jahil sungguh hidupku ini.

Dari yang aku baca inilah dia rukun istiqamah:-

1. Jangan melampau dalam beragama.
dalam erti ayat ini dia menerangkan bahawa kita janganlah melakukan sesuatu melebihi apa yang disuruh oleh Allah. Contoh paling ketara ialah melambatkan berbuka dan mempercepatkan sahur. Tentu semua orang faham apa maksud dia kan? diterangkan kat sini Allah suruh kita berpuasa dari terbit fajar sampai terbenam matahari sahaja bukan sepanjang hari dan menunjukkan kita ni masih berupaya walau telah berpuasa selama sehari. Kecuali dalam kes kecemasan.


2. Jangan cenderung kepada golongan yang zalim.
Cenderung boleh dibahagi kepada dua iaitu cenderung prinsip dan emosi dan juga cenderung pada kebergantungan. Cenderung yang pertama boleh menghapuskan istiqamah dan konsistensi manakala cenderung kedua bergantung kepada individu dan orang zalim berkenaan.

3. Dirikan solat.
Istiqamah itu bersandar pada solat. Solat mendekatkan diri pada Allah. Kita mestilah mendirikan solat untuk istiqamah mendekatkan diri pada Allah.

4. Bersabarlah.
Kata-kata Muhammad bin Shalih Al-Munajjid ialah "kesabaran adalah bertahan dalam mengerjakan perintah Allah dan menahan diri dari melakukan larangan-Nya.

Inilah 4 rukun istiqamah yang perlu kita patuhi untuk terus beristiqamah dalam mendekatkan diri pada Allah.

*semoga kita terus beristiqamah dalam mengerjakan amal soleh.
**sumber: saifulislam.com dan tinta raudhah USM.

Thursday, October 1, 2009

Bulan Baru Dengan Keresahan!!

Aku keliru
menjadi buntu
arah yang ingin ku tuju

Rasa resah ku
kian celaru
dengan ilham ku tempuh

Aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua

OO.. OH OO..OH

Inikah revolusi
atau hanya ilusi
bagaikan mimipi jadi realiti

Rasional diriku
rasional dirimu
penentu masa
masa depan ku

Adakah masa
menjadi punca
diriku dalam dilema

Benarkah anjakkan paradigma
susuli ku terima

Aku cuma mahukan
bayangan resah ku akan hilang
tapi keadaan memaksa
menghadapi semua
*sumber-revolusi:bunkface


Hari ini telah masuk bulan baru iaitu bulan OKTOBER. Maknanya semakin hari semakin singkat masa yang akan dilalui. Apa sebenarnya yang sedang aku fikirkan ni??

Aku masih keliru untuk mentafsirkan diriku yang sebenarnya. Sebenarnya, sejak kebelakangn ini aku asyik sentiasa memikirkan tentang kematian dan kehidupan selepas ini. Malam tadi aku tido agak awal, tapi pukul 3 tadi aku dah bangun sampai sekarang aku masih tidak boleh melelapkan mata lagi walaupun aku cuba sedaya upaya.

Aku harap aku dapat mencari ketenangan diri secepat yang mungkin. Ya, aku tau aku dapat mencari ketenangan dengan mendekatkan diri dengan Yang Mencipta.

Sekarang jam 5.33pg hujan turun dengan lebatnya di penang mengiringi entri ini.

Sebenarnya ingat mati tak salah, tapi aku masih takut sebab amalanku yang belum cukup tambahan lagi dosaku yang bertambah2 ini membuat aku rasa resah gelisah.

Kepada ibu, ayah along, adik dan semua yang mengenali diriku ini di SK Kg Medan, SMKA Maahad Hamidiah, Matrikulasi Kolej Mara Kulim dan juga USM dan semua yang mengenali secara tidak sengaja atau secara sengaja, aku mahu meminta beribu ampun maaf kepada kalian jika selama ini aku telah melukakan hati kalian. Tanpa kalian, hidupku tidak akan bermakna.

*Mungkin ini takdir hidupku

Blog Widget by LinkWithin