Thursday, January 28, 2010

TAG n CLICK


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peraturannya mudah aje
1. Anda perlulah di TAG n CLICK dulu daripada mana-mana blogger lain..sesudah itu nyatakan siapa yang TAG n CLICK anda itu.letak link dekat hujung..contohnya "Pakcu yang tag saya...http://gardeniaboys.blogspot.com..kalau xkena TAG tapi nak buat jugak..boleh...tapi nyatakan dari mana korang jumpa TAG n CLICK
 
2. Cari mangsa anda...pastikan beliau mempunyai blog dan belum lagi di TAG n CLICK ini...tak kesahla daripada server mana pon..ini utk memastikan TAG ini berterusan dan berkembang dengan majunya

3. Korang kena amek gambar secara CANDID orang yg korang nak TAG tu sekurang-kurangnya SATU..
lebih mangsa pon xpe...gambar yang korang candid tu pastikan sopan ok.

4. Explainkan keadaan mangsa yang anda TAG tu...contohnya "dia ni tgh makan semasa aku CLICK dia...bla3" letakkan link beliau juga

5. Orang yang di TAG perlu TAG orang lain pulak.

Simple kan? Selamat beraksi dengan kamera dan blog anda!!
Disebabkan aku yg buat TAG n CLICK mari aku mulakan  dahulu ye

Hanya copy and paste sahaj dari bolog incik sopi...


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1) Mangsanya ialah encik Ja A brainstorm.


Beliau adalah rakan gonjenganku sejak melangkah masuk ke Universiti APEX(setelah diupgrade).
beliau ini amat giler dengan kamera dan juga bunyi gitar.
Walaupun beliau budak fizik yang seperti Einstein, tapi beliau amat minat dengan seni.
Gambar ini di CLICK mase dipuncak bukit jambul semasa kali pertama kami mendakinya.
Blog ja A si giler gitar dan gambar ialah: http://maxxlr8.blogspot.com

Aku dah menjalankan tanggungjawab dari incik sopi, so Incik ja A, silalah jalankan tanggungjawab anda pula.

Thursday, January 21, 2010

Real Efek!!!


Korang pernah buat efek real tak gambar yang korang amik????

Sebenarnya aku baru je blajar cara buat efek real gambar aku amik.

Sapa lagi yang ajar kalo bukan sifu aku jaA.

Kat bawah ni gambar yang aku sempat nak upload untuk efek real aku baru belajar!!

Kepada diluar sana jangan cube nak kutuk aku kerana aku baru tau!!!

Aku ni baru lagi dalam dunia fotografi!!

Kepada sesiapa yang mahu belajar sini aku ajar sedikit!!

Korang set kamera dslr korang kepada manual setting...

Kemudian letak shutter speed kepada yang sederhana laju cth: 1/2 hingga 1/10 mengikut kesesuaian...

Sudah siap???set plak aperture korang kepada yang bersesuaian supaya gambar korang tidak gelap atau over expose...Dah siap, tinggal amik gambar

last sekali semasa korang nak klik butang amik gambar, pabila sahaja butang klik ditekan, korang terus ubah zoom lens korang cth mula2 korang set 18mm...pabila sahaja ditekan butan klik itu korang ubah la sehingga 55mm ke...

Ingat ini akan jadi jika korang ubah zoom len semasa shutter korang tengah naik!!!

selamat mencuba dan lihat gambar yang aku baru sahaja amik ni:-


Ni gambar kat padang minden!!


Ni pokok kat guest house usm!!


Ni pun sama gak!!



Ni guest house USM sambil ade pokok2 skit tepi tu!!!


Ni pokok kat tepi jalan depan padang minden!!


Ni kalo korang tak tau aku pun tak tau nak cakap pe!!!


Ni lambang USM kat padang minden!!


Ni gambar pokok yang mengadap ke atas!!!


Selamat mencuba kepada anda semua!!!tapi ini akan menjadi kepada pengguna dslr sahaja aku rasa, sebab aku pun belu try kat kamera compact!!

Gelap atau Sunyi???

Agak-agak kan... Pe korang fikir bile korang sorang-sorang kat tmpat gelap eh sunyi???

Apa agaknya perasaan korang waktu 2???

Bila bejalan sorang je kat kawasan 2???

Apa agaknya plak korang fikir bile korang tengah buat keje kat tempat tu???

Kawasan mana yang korang wartakan sebagai tempat yang seram tu???

Adakah kat durian valley USM, DUD USM, atau dihadapan bilik korang???

Hahahahaa~~~~~

Sebenarnya saje je nak cerita lebih2 skit!!!

Malam tadi aku duk kat dalam lab sampai kul 10 malam(mesti la aku buat kerja,xkan men game lak!!)

Tak rase seram pun sebab kawasan tu terang bukan gelap cume sunyi je.

Aku duduk situ dari bising yang melanda lab sampai bunyi keyboard pun lagi kuat!!!

Tapi aku pelik kenapa bila aku nak tukar sampel tanah yang aku guna, terasa macam bau tanah kubur???ada bau kemenyan skit + kapur barus(padahal aku gune tanah dusun)......

Aku pun terus buat keje cepat dan ajak wan balik!!!

Agak-agak anda apa yang sebenarnya berlaku???

Tapi cerita ni bukan menakutkan pun, cume ragu-ragu dan keliru!!!

hahahahahahahahaha~~~~

Wednesday, January 20, 2010

Terpaksa Menunggu!!

Wah!!! arini pe je aku nak buat!!

Sekarang aku tulis belog ini pada jam hampir 1 tengahari, tapi aku dah bosan. Camne aku nak tunggu sampai malam ni...

Kenapa aku kene tunggu sampai malam???

Oh lupe pulak, sekarang ni aku dah mula sibuk untuk membuat projek aku, sekarang ni aku ader dekat lab la...

Penat la plak nak tunggu sampai jam 10malam ni!!!

*bosan la, sebab tu aku post bende ni!!!

Monday, January 18, 2010

Bosan Atau Menarik???


Petang tadi aku bosan, tapi aku teringat aku belum 1 bende lagi!!!

Aku nak p copy kertas semgrad!!!

So aku pun terus la p kedai dengan membawa Sally sekali sebab nak terus p bejalan.

Kat bawah ni antara tempat yang aku p dan sempat snap, sebenarnya banyak lagi gambar cume macam biasa la...kalo dah tenet pun lembap, sape nak upload byk2!!!

Nikmatilah gambar yang tak cantik ni!!!



Gambar rumput ni kat pantai kiri Queensbay(Dah cantik tempat ni sekarang)





Ni plak kayu yang hampir reput kat tepi pantai tersebut!!


Ni dier perkampungan nelayan di sebelah polis marin dan juga jambatan pulau pinang(Tak nampak tu jambatan sebagai background).



Ni la jambatan pulau pinang dari jarak agak dekat tapi masih agak jauh sebenarnya!!!


Kalau nak tau ni la lampu jalan di jambatan pulau pinang. Aku snap dari bawah jambatan!!






Nampak tak papan tanda tu???tulisan tu menunjukkan kearah USM(ini bermakna amat dekat dari jambatan ke USM).




Ni la keadaan dibawah jambatan yang sempat aku snap tadi!!


Menara berkembar yang sama seperti KLCC tapi tidak ada muncung yang tajam diatasnya


Sebenarnya nak snap gambar chaya matahari...tapi tak berapa nampak la plak!!

Adakah aku gumbira!!!

Hari ni aku agak gembira!!!

aku pun tak tau nak gambarkan macamana!!!

Selama ni aku banyak berfikir tentang final prject aku!!!

Tapi tengahari tadi aku dapat berita gumbira dari partner aku(akmal la sape lagi)

alat yang aku tunggu lame untuk berfungsi dengan baik telah kembali normal dan telah sihat untuk beraksi semula!!

Aku terlalu gembira kerana apa yang aku fikirkan untuk FYP aku bertambah ringan dari sehari ke sehari!!!

Terima kasih kepada Allah kerana meringankan beban kami. Tak lupa juga kepada En. Yahya yang banyak sangat membantu. Kredit juga kepada brother kedai eletronik dekat bayan baru yang banyak memberi tunjuk ajar!!!

Terima kasih kepada semua yang tidak disebut namanya.........


Selepas ni korang akan jumpa akku dilab je la 24 jam. Kalo ader jumpe aku kat lab school physics malam2 tu jangan lari pulak. Itu aku sebenarnya!!!

Kembali ke zaman perang!!!


Aku telah kembali ke zaman perang untuk melihat sendiri apa yang mereka lalui pada zaman itu!!!

Tapi aku bukan kesana mengguna pintu suka hati doraemon atau mesin masa atau melalui cerita back to the future.

Aku kesana just melawat ke muzium perang yang berasal dari kubu perang yang sebenar!!

Tapi memang seronok la aku kesana.
Tak sia-sia aku membayar rm12.00(student price) untuk kesana.

aku dapat merasai bagaimana hidup dizaman tersebut. macamana mereka menyesuaikan diri mereka ketika perang.

Kat bawah ni aku letak cuma 8 keping gambar dari 300keping yang aku amik(malas nak upload).

So, nikmati lah gambar yang sedikit ini!!

Muzium ini terletak di batu maung penang. Sesiapa yang mahu pergi diharap tabah dan kuat semangat kerana ini adalah tempat asal peperangan yang masih dipelihara dan dipulihara.

Saksikan gambar yang sedikit ini ea!!

Ini gambar member aku(akmal) sedang mencuba untuk menembak pesawat tempur menggunakan anti-aircraft weapon.




Ini pulak gambar 'meriam gergasi' yang digunakan untuk pertahanan dari serangan musuh dari darat dan laut.berat 1 peluru memang tidak dapat diangkat oleh seorang juara emas angkat berat di sukan olimpik(101 tan).


Dia ni memang model aku la!!! ha ni pulak 'giant weapon' yang memang besar didalam tunnel penyimpanan peluru dan senjata.






Ini pulak dorm yang dibuat selepas perang dunia ke-2 untuk mangsa rogol oleh Jepun.


Yang ini memang menarik, peluru meriam yang tidak tahu masih bernyawa atau tidak.


Ini pulak terowong yang agak gelap untuk cepat melarikan diri. Dan ia jauh dibawah tanah.


Inilah peluru yang seberat 101tan tadi. tengoklah besar dia pun dah cam besar orang. Peluru ini dipanggil 'giant battery'.



Gambar ini memang gelap. Tapi cube tengok betul-betul pada bende putih yang ada kat situ(kalu tak nampak klik gambar ini untuk melihat pada size yang besar).




Tamat lah sudah perjalanan ke muzium perang pada hari sabtu bersamaan 16.01.2010.

Sesiapa yang mahu pergi kesana boleh lah menaiki bas dari jeti terus ke muzium perang dengan bas no. 302 rapid penang.

Tapi ingat tempat ini agak keras kerana disinilah tempat penyiksaan dan pembunuhan pada zaman jepun dahulu. Anda dinasihatkan supaya tidak melakukan perkara yang tidak elok disana.

Sekian Terima Kasih.

*kredit to akmal kerana menjadi model gambar ini!!
*juga terima kasih kepada semua ahli rombongan pada waktu tiu
*jangan marah aku kerana bahasa aku agak teruk dalam entri ini!!!

Thursday, January 14, 2010

Aku keliru menjadi buntu!!!

Petang ni aku keliru sebenarnya!!

Tak tahu nak buat yang mana satu!!!

Aku diberi 2 pilihan, samada nak bermain bola atau mengambil gambar mereka yang bermain bola.

Petang ni perlawanan antara budak farmasi ngan Fizik!!!

Aku macam biasa la wakil fizik sebab aku pelajar fizik kan???

So petang ni aku akan turut serta turun padang membawa sekali Senah disisiku untuk mengambil gambar dan juga bermain!!!

Semalam Fizik telah menang menentang Biologi dengan kemenangan 2-0!!!

Dan itu adalah kemenangan kedua Fizik terhadap Biologi pada sidang ini setelah menang kali pertama dengan 4-0 kalau aku tak silap la!!

Tuesday, January 12, 2010

kronologi 11.01.2010


Bermula pada petang itu jam 2.30 pm. Aku pergi kekelas menaiki kereta seorang member kerana motor aku dipinjam oleh member lain!!!

Sampai dikelas aku pun belajar seperti biasa.

Sehabis kelas jam 4.00pm, aku berbual sebentar bersama rakan2 tentang kerja yang akan dihantar pada malam ini!!

Seperti semua orang ada isi sendiri tentang perdebatan tersebut mengenai apa sebenarnya jawapan bagi kerja tersebut!!

Selepas itu aku pun pulang berjalan kaki kerana member yang membawa kereta itu ada hal lain yang aku xperlu ikut.

Lama jugak aku tak berjalan camni.

Sampai di simpang Fajar aku terfikir sesuatu yang menarik. Kebetulan dalam beg aku ada kameraku.

Dan aku terus menuju ke tempat yang dimaksudkan pada jam lebih kurang 4.40pm.

Kemana aku pergi???

Silalah lihat pada gambar2 dibawah ye!!

ape biawak ni tengah buat???

Ni pu sama!!ishhh musykil aku!!

Dah tengok semua gambar2 itu???

Sebenarnya itu secara kebetulan sahaja. Niat aku bukan nak amik gambar ni, tapi aku nak amik pemandangan di tasik.

Lain yang aku cari, tapi lain yang aku dapat. Lumrah hidup didunia la ni.

Selepas penat aku pun pulan kedesaku dengan berjalan kaki. Aku lalu didepan stadium, Fuh!!!habis pagar keliling padang nak tutup kawasan.

Sebabnya malam tersebut ada perlawanan antara pos malaysia vs USM. dan berkesudahan USM menang 1-0. maju sudah ye!!

Sekarang nak tengok bola kat USM pun kene bayar tiket.


*sebenarnya mintak maaf pada yang berkenaan jika gambar yang dimaksudkan menyinggung perasaan!!
*jangan marah, dah delete dah semua!!

Friday, January 8, 2010

baru!!!!

Sebenarnya aku baru je dapat bende baru!!!

Nak tau ke pebenda aku dapat 2???

Ni kat bawah ni bende 2 la!!!

cantik tak????

Mereka kate name dier SENAH!!!

Tapi tak tau nama panjang dier apa!!!

masih difikirkan lagi!!

Ni la SENAH yang dikatakan itu!!!


Ni plak beg SENAH!!

Dan ini plak gambar yang diambil oleh senah!!!


Gambar Menarik!!!

Ni plak gambar Dihadapan Muzium USM

Gambar ni kat jejambat sebelah Gimnasium USM

Kenapa aku cakap gambar ni menarik???

Sebab gambar ni diambil menggunakan gadjet baruku yang baru sahaja sampai!!!

walaupun berabes duit yang agak banyak, tapi aku puas dengan pelaburan itu!!!

Malas nak upload banyak2 gambar lagi!!lain kali la plak kiter berkongsi lagi!!!

Blog Widget by LinkWithin