Monday, January 18, 2010

Kembali ke zaman perang!!!


Aku telah kembali ke zaman perang untuk melihat sendiri apa yang mereka lalui pada zaman itu!!!

Tapi aku bukan kesana mengguna pintu suka hati doraemon atau mesin masa atau melalui cerita back to the future.

Aku kesana just melawat ke muzium perang yang berasal dari kubu perang yang sebenar!!

Tapi memang seronok la aku kesana.
Tak sia-sia aku membayar rm12.00(student price) untuk kesana.

aku dapat merasai bagaimana hidup dizaman tersebut. macamana mereka menyesuaikan diri mereka ketika perang.

Kat bawah ni aku letak cuma 8 keping gambar dari 300keping yang aku amik(malas nak upload).

So, nikmati lah gambar yang sedikit ini!!

Muzium ini terletak di batu maung penang. Sesiapa yang mahu pergi diharap tabah dan kuat semangat kerana ini adalah tempat asal peperangan yang masih dipelihara dan dipulihara.

Saksikan gambar yang sedikit ini ea!!

Ini gambar member aku(akmal) sedang mencuba untuk menembak pesawat tempur menggunakan anti-aircraft weapon.




Ini pulak gambar 'meriam gergasi' yang digunakan untuk pertahanan dari serangan musuh dari darat dan laut.berat 1 peluru memang tidak dapat diangkat oleh seorang juara emas angkat berat di sukan olimpik(101 tan).


Dia ni memang model aku la!!! ha ni pulak 'giant weapon' yang memang besar didalam tunnel penyimpanan peluru dan senjata.






Ini pulak dorm yang dibuat selepas perang dunia ke-2 untuk mangsa rogol oleh Jepun.


Yang ini memang menarik, peluru meriam yang tidak tahu masih bernyawa atau tidak.


Ini pulak terowong yang agak gelap untuk cepat melarikan diri. Dan ia jauh dibawah tanah.


Inilah peluru yang seberat 101tan tadi. tengoklah besar dia pun dah cam besar orang. Peluru ini dipanggil 'giant battery'.



Gambar ini memang gelap. Tapi cube tengok betul-betul pada bende putih yang ada kat situ(kalu tak nampak klik gambar ini untuk melihat pada size yang besar).




Tamat lah sudah perjalanan ke muzium perang pada hari sabtu bersamaan 16.01.2010.

Sesiapa yang mahu pergi kesana boleh lah menaiki bas dari jeti terus ke muzium perang dengan bas no. 302 rapid penang.

Tapi ingat tempat ini agak keras kerana disinilah tempat penyiksaan dan pembunuhan pada zaman jepun dahulu. Anda dinasihatkan supaya tidak melakukan perkara yang tidak elok disana.

Sekian Terima Kasih.

*kredit to akmal kerana menjadi model gambar ini!!
*juga terima kasih kepada semua ahli rombongan pada waktu tiu
*jangan marah aku kerana bahasa aku agak teruk dalam entri ini!!!

4 TuSuKan:

Unknown said...

mmg banyak gambar ko amik.. 300 keping semuanya.. huh.. jealous.. :p

btw, hari itu mmg seronok!!

Unknown said...

ya seronok dan penat!!!ape yang ko jeleskan???bukan aku sorang sahaja yang ambil gambar...akmal juga mengambil gambar gune kamera aku!!!

Unknown said...

jealous sbb ko tangkap gambar lagi banyak dari aku..

Unknown said...

hahahahaha~~~~~

Blog Widget by LinkWithin